Monday, October 19, 2015
Abang Besar Sudah Marah ! DAP Ingatkan PKR Undi Tidak Percaya Bukan Seperti "Main Guli"
Hari pertama sidang Parlimen hari ini menyaksikan perpecahan dalam
pembangkang mengenai usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak.
Ini susulan arahan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu Ahli Parlimen PKR Hee Loy Sian menarik balik usulnya mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Batu Tian Chua mempertahankan Hee atas
alasan wakil rakyat PKR itu mempunyai hak untuk berbuat demikian.
Ketika ditemui di lobi Parlimen, Lim berkata isu penting seumpama itu
seharusnya perlu dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail.
"Jika kita mahu singkirkan Perdana Menteri, ia tidak seharusnya dibuat
oleh Ahli Parlimen biasa, sama juga yang berlaku di luar negara.
"Ini bukan permainan seperti main guli.
"Jika kamu mahu merendahkan kepentingan usul itu dengan main guli,
silakan,’ katanya sambil menambah bahawa DAP tidak akan menjadi
sebahagian daripada langkah berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment