Monday, October 19, 2015

Kampong Baru City Centre Hakis Tanggapan Kampung Baru Bertaraf ‘Marhain’

Pembangunan Kampung Baru City Centre (KBCC) diharap dapat menghakis tanggapan kawasan tersebut bertaraf setinggan atau marhain.

Penduduk Kampung Baru mesti dilihat sebagai komuniti yang maju, mempunyai kedudukan ekonomi dan status sosial yang boleh dibanggakan.

Hal tersebut disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dimajlis Mesra Rakyat Kampung Baru, Legasi Baru di Kampung Baru, Kuala Lumpur, petang Ahad.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan komited untuk meningkatkan taraf hidup dan imej orang Melayu dengan menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur terbaik dengan peruntukan besar bagi memajukan kawasan Kampung Baru.

Najib berkata, pembangunan ini juga bermakna orang Melayu di Kampung Baru ini tidak dilihat erkeluar dari arus perdana pembangunan negara.

Katanya, pelbagai projek dibangunkan di Kampung Baru yang dijangka siap tahun 2019 secara tidak langsung akan meningkatkan taraf hidup penduduknya.

Kata Perdana Menteri, pembangunan Legasi Kampung Baru yang akan mempunyai 48 ruang unit niaga, satu blok menara pejabat setinggi 30 tingkat dan rumah mampu milik.

Beliau berharap projek tersebut jadi amat bersejarah lagi bermakna sekaligus menukar wajah Kampung Baru buat selama-lamanya.

"Kampung Baru yang maju, moden dan boleh dibanggakan dimana penduduknya akan meraih pendapatan yang lebih tinggi, " tambah beliau.

Mengulas soal pembangunan KBCC,Najib berkata, KBCC turut menyediakan pejalan kaki sejauh 350 meter dari Kampung Baru ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC), menaiktaraf jalan selain pencahayaan lampu LED yang akan menerangi suasana malam di Kampung Baru bagi menarik kunjungan pelancong asing.

Kata beliau, dengan infrastruktur moden, KBCC bakal setanding dengan Petaling Street dan Brickfield.

Beliau berharap, penduduk di Kampung Baru tidak membuat tindakan tergesa-gesa menjual tanah mereka kerana nilainya akan lebih tinggi pada masa akan datang.

"Kampung Baru selepas ini akan.memjadi bandar maju dan moden, yang mana penduduknya akan meraih pendapatan tinggi kerana nilai tanah mereka melambung tinggi," katanya.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani.

Dalam ucapannya itu, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM9.5 juta bagi menyelesaikan insiden tanah mendap di kampung itu beberapa tahun lalu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment