Tuesday, October 13, 2015

Benarkah Rakyat Akan Merempat Bila Tol Naik?

Menurut Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC), Mohamed Shafie BP Mammal berkata, dengan kenaikan kadar tol di beberapa lebuhraya akan membuatkan rakyat di negara ini terpaksa merempat.

Jelas Shafie, kadar kenaikan tol ini perlu ditangguhkan dahulu kerana masanya tidak bersesuaian dengan keadaan ekonomi negara masa kini.

"Saya rasa kenaikan ini tidak kena pada waktunya. Ada baiknya kerajaan tangguh dulu. Tak payah naikkan kadar tol.

"Setiap kali naik, setiap kali naik... rakyat pun dah naik menyampah. Cari satu kaedah lain yang terbaik.

"Rakyat pun rasa naik marah. Kalau kerajaan tidak ada duit, cari kaedah lain bukan cara macam ini. Ini disebabkan kebanyakan pengangkutan awam kita amat teruk, bukannya bertambah baik," kata Shafie.

Benarkah rakyat akan merempat apabila kadar tol dinaikkan?? Terbeban sangatkah jika kadar tol dinaikkan sehingga rakyat terpaksa merempat??

Setiap kali sesuatu kadar yang dinaikkan pasti akan ada pihak mengatakan kerajaan menaikkan kadar tersebut bukan pada masanya dan perlu menunggu masa yang sesuai. Jika perkara ini perlu dipandang, memang sampai hujung dunia tidak akan ada masa yang sesuai dan tiada manusia yang bersedia dengan sesuatu kadar yang dinaikkan.

Apa yang dilakukan kerajaan dengan menaikkan kadar tol ini adalah bagi memastikan ekonomi negara terus membangun dan sekaligus memberi manfaat kepada seluruh rakyatnya.

Selain itu, dengan kenaikan kadar tol ini juga mengajar rakyat di negara ini agar berjimat cermat sekaligus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dikatakan tiada penghujungnya dengan menggunakan perkhidmatan awam.

Dengan menggunakan perkhidmatan awam, rakyat di negara ini dapat mengurangkan perbelanjaan minyak dan tol yang perlu dibayar setiap hari apabila menaiki kenderaan sendiri.

Jika menyebut perkhidmatan awam pasti ramai rakyat mengeluh mengatakan perkhidmatan awam di negara ini masih terhad dan berada di bawah tahap minima. Benarkah semua dakwaan itu?? Jika benar dakwaan tersebut, mungkinkah perkhidmatan awam seperti Rapid, LRT dan sebagainya dapat menambah perkhidmatan mereka untuk memudahkan penggunanya untuk kemana-mana sahaja???

Kadar kenaikan yang dinaikkan ini tidaklah menyusahkan rakyat seperti yang didakwa Presiden UNI MLC sehingga rakyat terpaksa merempat. Rakyat perlulah menjadi pengguna yang bijak dan tahu mengawal perbelanjaan dan usahlah menuding jari dan memaki dengan kadar yang dinaikkan itu bagi memberi manfaat kepada rakyat pada masa akan datang.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment