Tuesday, October 13, 2015

Parti Amanah Akan Kerjasama Dengan Mahathir Untuk Jatuhkan Najib


Pemuda Amanah hari ini memaklumkan Amanah sedia memberi kerjasama dengan pasukan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini giat menjalankan usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Menurut Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan partinya sedia memberi kerjasama kepada pasukan Mahathir yang terdiri dari musuh Mahathir sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, ahli parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat.

Sany berkata, Amanah kini sedia memberi kerjasama dengan pasukan Mahathir itu tetapi dengan syarat Mahathir tidak akan mengulangi kezaliman beliau selama menjadi perdana menteri 22 tahun itu.

Jelas Sany, jika Mahathir dapat menunaikan syarat yang telah ditetapkan Amanah itu, Amanah tanpa segan silu memberi kerjasama kepada bekas perdana menteri itu untuk menyingkirkan Najib

"Agar gelombang yang telah disemarak oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhubung siasatan terhadap @MDB, mampu digarap semaksimum mungkin bagi mengeluarkan negara daripada kemelut ekonomi dan politik.

"Terma-terma kerjasama ini haruslah dalam ruang lingkup untuk menyelamatkan negara dengan syarat yang kuat untuk Tun Mahathir tidak akan mengulangi kezaliman politik yang telah beliau legasikan sepanjang 22 tahun memerintah negara sebelum ini," kata Sany dalam satu kenyataannya.

Sany yang menjelaskan mengapa Amanah mahu memberi kerjasama terhadap pasukan Mahathir ini berkata, demi menyelamatkan negara dari nazak, Mahathir dan Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li sanggup mengetepi sengketa lama.

Oleh itu, tiada masalah untuk Amanah memberi kerjasama dengan pasukan Mahathir walaupun berlainan politik demi menyelamatkan negara.

"Lebih menarik apabila Tun Mahahtir sanggup mengetepikan sengketa lama beliau dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk tampil bersama memberikan tekanan kepada pentadbiran perdana menteri ketika ini," katanya.

Adakah Amanah sedang memancing pasukan Mahathir untuk menyertai parti baharu itu apabila dengan rela hati mahu bekerjasama dengan mereka ini yang telah dianggap musuh??

Kebarangkalian Amanah kini sedang mencari populariti dengan menumpang populariti yang dimiliki 6 tokoh itu apabila parti yang baharu sahaja ditubuhkan itu masih belum mendapat sokongan.

Ataupun adakah Amanah dalam diam menginginkan kedudukan perdana menteri yang selama ini ditunggu oleh parti pembangkang yang lain, dalam erti kata lain Amanah cuba memintas bagi menduduki kerusi perdana menteri itu

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 


No comments:

Post a Comment