Tuesday, October 13, 2015

PAS Sudah Serik Permainan DAP

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan Pas tetap dengan pendiriannya tidak akan menyertai Pakatan Harapan selagi DAP masih di dalam gabungan itu kerana Pas enggan perkara yang telah berlaku berulang kembali.

Tuan Ibrahim berkata, Pas sudah serik menjadi mangsa permainan DAP selama ini yang hanya mempergunakan Pas sebagai kuda tunggangannya.

Jelas Tuan Ibrahim, Pas selama ini hanya menjadi mainan DAP untuk parti itu merealisasikan dasar parti itu dan apabila dasar mereka dicapai, DAP mula membuat onar dengan menyerang dan mengkritik Pas.

"Bagi Pas dengan DAP sudah dua tiga kali terkena. Dulu DAP tarik diri daripada Barisan Alternatif (BA), kemudian DAP serang Pas selepas muktamar dan selepas dengan muktamar ini, kita tidak mungkin buat kerjasama dari segipolitik," kata Tuan Ibrahim.

Syukurlah apabila Pas sudah menyedari mereka selama ini hanya menjadi mainan DAP. Tetapi agak menyedihkan apabila terdapat pemimpin Pas yang masih tidak menyedari permainan DAP ini sehingga sanggup memecah-belahkan parti Islam itu dengan menubuhkan sebuah parti baharu.

Adakah pemimpin Pas yang telah menubuhkan sebuah parti baharu ini tegila-gilakan jawatan yang pasti sudah diumpan oleh DAP buat mereka?? 

Dalam masa sama, kenyataan dari Timbalan Presiden Pas ini juga jelas menunjukkan DAP hanya mempergunakan Amanah yang merupakan serpihan ahli Pas untuk menarik undi orang Melayu selepas Pas telah memutuskan hubungan dengannya.

Apa pun, diharap Pas dapat kembali bersatu dengan Umno demi terus memperjuangkan hak orang Melayu-Islam apabila parti Islam itu telah menyedari hanya dipermainkan DAP yang jelas mempunyai agenda tersendiri.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 

No comments:

Post a Comment