Wednesday, October 14, 2015
Tidak Masuk Akal MH370 Di Tawi Tawi
SHAH ALAM : Dakwaan mengenai penemuan sebuah bangkai pesawat dipercayai
pesawat MAB Penerbangan MH370 di kepulauan Tawi Tawi, Filipina tidak
masuk akal sama sekali.
Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Berhad, Kapten Datuk Nik Ahmad
Huzlan Nik Hussain berkata, teori pesawat MH370 berakhir di Lautan
Hindi masih kuat.
“Teori berkenaan turut dikuatkan dengan penemuan kepingan sayap pesawat
iaitu flaperon dan disahkan milik MH370 berdasarkan rekod
penyelenggaraan.
“Jika ditemui di kepulauan Tawi-Tawi, ia memang tidak masuk akal kerana
teori dan bukti cukup kuat untuk katakan ia berakhir di Lautan Hindi,”
katanya, semalam.
Mengulas mengenai laporan tersebut, Nik Ahmad Huzlan berkata, laporan polis boleh dibuat oleh mana-mana individu.
“Soal betul atau tidak, kita akan dapat ketahui selepas siasatan dibuat
pihak berkuasa. Ini zaman teknologi tanpa sempadan, mana-mana orang
pergi mereka akan bawa telefon pintar. Kalau pun betul, mengapa tidak
ada gambar pesawat itu?,” katanya.
Jelasnya lagi, jika benar pesawat tersebut ditemui di Kepulauan
Tawi-Tawi, mengapa individu yang menemui bangkai pesawat itu tidak
membuat laporan polis kepada pihak polis Filipina.
“Kerajaan Filipina pun tidak ada umumkan mengenai penemuan bangkai pesawat yang dipercayai MH370.
“Apa-apa dakwaan mengenai MH370 tidak akan mengubah kisah MH370 yang berakhir di Lautan Hindi,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment