Monday, October 05, 2015

Berani Betul Guan Eng Dan DAP Ganggu Islam di Pulau Pinang

Baru-baru ini kecoh diperkatakan tentang tindakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang dikatakan terpaksa menurut kehendak DAP yang mahu masjid dan surau tidak menggunakan pembesar suara.

Menerusi satu imej yang tersebar yang memaparkan aduan dari orang Cina di Pulau Pinang terhadap azan yang dikatakan mengganggu tidur mereka terutama di waktu subuh, penulis yakin bahawa itulah titik tolak terhadap larangan yang dikeluarkan MAIPP itu.

Difahamkan bahawa hanya azan sahaja yang dibenarkan menggunakan pembesar suara di luar masjid, manakala sebarang aktiviti lain seperti qiamullail, khutbah Jumaat, ceramah agama dan sebagainya hanya dibenar menggunakan pembesar suara di dalam masjid atau surau itu sahaja.

Pada pandangan kita, dengan arahan sedemikian dari MAIPP, ianya tidak akan mampu menyelesaikan masalah pokok yang diadukan oleh orang-orang Cina itu sebelum ini.

Menurut surat yang tersebar meluas yang dikatakan berasal dari pejabat Adun DAP Bukit Tengah, Ong Chin Wen, kita boleh dapati bahawa komplen paling atas sekali ialah terhadap azan subuh yang dikatakan mengganggu tidur mereka yang bukan Islam.

Manakala, arahan MAIPP pula tidak pula tidak pun melibatkan larangan melaungkan azan. Dalam ertikata lagi, azan subuh akan tetap berkumandang dari masjid seperti biasa dengan menggunakan pembesar suara yang sama.

Dari itu, maka azan subuh itu tetap akan dikatakan 'menggangu tidur' mereka yang mengadu itu, bukan? Jadi, masalah yang diadukan itu tidak selesai. Untuk diselesaikan, MAIPP perlu keluarkan arahan supaya azan subuh tidak menggunakan pembesar suara. Apatah lagi di waktu subuh itu selalunya suasananya sunyi sepi, bukan?

Soalnya, beranikah Guan Eng arahkan MAIPP untuk perlahankan azan subuh di Pulau Pinang?

Sebagaimana maklum, tujuan azan dilaungkan adalah untuk memberitahu umat Islam tentang masuknya waktu solat lima waktu setiap hari. Dan azan subuh pula sudah tentulah tujuannya untuk mengejut umat Islam dari tidur mereka untuk menunaikan solat subuh, bukan?

Jadi, jika tujuannya untuk mengejutkan umat Islam dari tidur untuk menunaikan solat subuh, sudah tentulah mereka yang bukan Islam juga secara tidak langsung akan dikejutkan sama dari tidur mereka. Sebab itulah mereka marah...

Cuma, mereka yang marah itu mungkin merasakan bahawa mereka berhak untuk 'haramkan' azan dari masjid. Maklumlah, Pulau Pinang kini diperintah DAP dan negeri itu mungkin dianggap seolah-olah Tanah Besar China. Jadi, mereka boleh buat apa yang mereka suka.

Tapi mereka lupa bahawa Pulau Pinang itu sebenarnya sebahagian dari Malaysia di mana menurut perlembagaan dan kontrak sosial, hak dan keistimewaan Islam serta kepentingannya termasuk azan tidak boleh dipertikai.

Dalam konteks ini, azan subuh merupakan hak dan kepentingan umat Islam yang perlu mereka hormati serta tidak boleh dipertikai kerana ia telah termaktub sebagai sebahagian dari keistimewaan Islam di dalam perlembagaan.

Maka sebab itulah kita beranggapan bahawa puak DAP itu tidak lagi hormat pada Islam dan perlembagaan negara, sebaliknya bersifat tidak sedar diri dengan mempertikai sesuatu yang mampu mencetus kemarahan umat Islam di Pulau Pinang ini.

Apapun, kita semua mencabar Guan Eng. Jika benar dia anak jantan dan benar-benar mahu cari pasal dengan kita, suruhlah MAIPP tutup semua pembesar suara di masjid dan surau di negeri ini. Itupun kalau dia beranilah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment