Monday, October 05, 2015
Jangan Nak Melawaklah..... Pakatan Harapan Ditubuhkan Demi Rakyat, Kata Rafizi
KUALA LUMPUR : Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu kepentingan
rakyat adalah hujah utama mengapa Pakatan Harapan ditubuhkan meskipun
ada pihak menganggapnya dilakukan secara tergesa-gesa.
Walaupun mengakui wujud pandangan beberapa pihak di dalam PKR tidak
bersetuju cara Pakatan itu dilancarkan begitu pantas, namun ujar Rafizi,
ia wajar demi menyelamatkan rakyat daripada ketidakadilan Umno-Barisan
Nasional.
"Di dalam PKR sendiri ada perbezaan pendapat dan saya hormati. Ada yang
bertanya kenapa cepat sangat nak umum Pakatan Harapan dan tidak beri
lebih masa kepada PAS untuk bersama dan ada juga yang bertanya kenapa
bersetuju dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang tidak sampai pun tiga
bulan penubuhannya?
"Kenapa umum cepat? Saya sokong 100 peratus sebab rakyat sudah tidak
tahan. Ahli-ahli politik mungkin rasa mereka ada banyak masa untuk
berbincang, berfikir...
"Tetapi rakyat yang menanggung masalah matawang jatuh, GST, harga
barangan yang mahal dan tak tahan tengok muka Rosmah dan Najib," katanya
di hadapan kira-kira 50 peserta Ceramah Pakatan dan Harapan di Padang
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Seraya, malam tadi.
Pakatan Harapan diwujudkan pada 22 September lalu dengan penglibatan
PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi menggantikan Pakatan
Rakyat yang terkubur pada Julai lalu.
Gabungan pembangkang yang lama itu menemui titik noktahnya selepas PAS
dan DAP sering bertelagah dalam isu-isu kesepakatan bersama di dalam
Pakatan Rakyat (PR), terutamanya soal pelaksanaan hudud di Kelantan.
PAS bagaimanapun tidak turut serta dalam Pakatan Harapan kerana enggan
bekerjasama dengan 'pengkhianat' Amanah dan serik dengan pengalaman
bersama DAP.
Rafizi dalam pada itu menolak persepsi bahawa Pakatan Harapan menutup
pintu perbincangan dengan PAS untuk bersama dalam gabungan itu.
"Kita perlu berbincang dengan PAS. Ada orang kata saya lebih rapat dengan DAP dan PKR dan tidak rapat dengan PAS.
"Tetapi mereka tidak tahu yang saya juga pernah bergaduh dengan Lim Guan
Eng. Maknanya di masa kita berbeza pendapat, kita berbezalah.
"Tetapi apabila perlu berbincang mencari jalan penyelesaian dan apabila
kita meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, maka kita boleh
berbincang tanpa mengira perbezaan kita," tegas Ahli Parlimen Pandan itu
lagi.
Penubuhan Pakatan Harapan bagaimanapun mewujudkan polemik politik baru,
terutamanya di Selangor yang masih menyaksikan kerjasama PKR, DAP dan
PAS.
Beberapa pemimpin mendakwa penubuhan gabungan politik itu tidak akan memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment