Tuesday, October 06, 2015
Lagi Berita Berkaitan Isu Bekas Ketua MCA Bakal Kena Saman Sebab Fitnah Perdana Menteri
Bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik perlu membuat permohonan maaf
dalam tempoh tujuh hari jika tidak mahu berdepan dengan saman dan
tindakan undang-undang. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan
mengambil tindakan sekiranya tiada permohonan maaf dibuat atas sebab
memfitnahnya menyalahgunakan dana pelaburan kerajaan bagi tujuan
peribadi. Itu laaa.. Siapa suruh suka-suka hati je fitnah orang!
Sebelum ini, Liong Sik mengeluarkan satu kenyataan dalam akhbar Malay
Mail yang bertajuk ‘MCA’s Liong Sik joins call for Najib’s ouster for
allegedly putting people’s money in his own pocket’. Bunyinya berkaitan
dengan isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kenyataan melampau tersebut telah mendesak Najib untuk mengambil
tindakan kerana perkara tersebut menyentuh soal peribadinya. Kandungan
kenyataan fitnah Bekas Menteri Pengangkutan tersebut berbunyi seperti
Najib seorang pecah amanah kerana mengambil sejumlah wang dana pelaburan
dan dimasukkan ke dalam akaun miliknya untuk tujuan peribadi.
“Kenyataan itu juga membawa maksud bahawa pelanggan kami (Najib)
menyalahgunakan amanah yang diberikan oleh rakyat Malaysia dengan
menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi syarikat pelaburan negara,
1MDB dan juga sebagai pemimpin negara.
“Ia juga membawa maksud pelanggan kami tidak cekap, terlibat dalam
skandal kewangan untuk menipu rakyat Malaysia serta tidak layak menjadi
Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang mengandungi 13 parti politik
termasuk MCA,” kata peguam Perdana Menteri, Datuk Mohd. Hafarizam Harun.
Liong Sik bertindak menyebarkan fitnah tersebut dengan tujuan mahu
perdana menteri tersebut melepaskan jawatan yang dimilikinya sekarang
ini. Dia juga berniat untuk menjatuhkan reputasi Najib serta ingin
meracun pemikiran masyarakat tentang Najib.
Sementara itu, menurut Hafarizam Harun lagi, surat tuntutan permohonan
maaf telah pun dihantar kepada Liong Sik hari ini. Tempoh masa tujuh
hari diberikan untuk membuat permohonan maaf jika tidak Liong Sik bakal
disaman.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment