![]() |
Mahathir patut insaf mengutuk pemimpin kerajaan |
Tuesday, October 06, 2015
Mahathir Jadi "Kepala" Pemberontak Dalam UMNO?
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan menggesa bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir supaya berhenti dari terus menerus menyerang
Datuk Seri Najib Razak yang dilihat masih tidak berpenghujung.
Tengku Adnan atau lebih dikenali Ku Nan berkata, bekas perdana menteri
itu disaran supaya dapat berhenti dari terus menghentam pentadbiran
Perdana Menteri, kerana kerajaan pentadbiran Najib kini tahu untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.
Jelasnya, zaman Mahathir telah berlalu dan Mahathir perlu menghormati
pemimpin negara kini yang sedang giat menggalaskan tugasnya bagi
memantapkan lagi ekonomi negara.
Ku Nan berkata, Mahathir kini tidak mempunyai hak dan kuasa untuk
mencampuri urusan pentadbiran kerajaan kerana bekas perdana menteri itu
telah berjanji untuk tidak lagi mencampuri urusan pentadbiran kerajaan
sebaik sahaja meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Tambah Ku Nan, tetapi pada hari ini, kita dapat melihat janji Mahathir
itu hanyalah sebuah janji kosong kerana Mahathir telah kembali
mengganggu pentadbiran kerajaan sekali lagi untuk memenuhi politik
peribadinya.
"Sudah-sudahlah apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir. Biar pemimpin dalam kerajaan sahaja selesaikan," kata Ku Nan.
Dalam masa sama, Ku Nan memberi amaran kepada orang luar termasuk media supaya tidak melaga-lagakan pemimpin baru dan lama.
Ku Nan yang mengulas mengenai gerakan menjatuhkan Najib berkata, Umno
sudah mengenal pasti tujuh pemimpin parti yang terlibat dalam gerakan
menjatuhkan pentadbiran perdana menteri itu dan hanya menunggu masa
untuk mengambil tindakan terhadap mereka.
"Kita ada tujuh pemimpin yang dipantau dan Lembaga Disiplin parti tidak
akan teragak-agak untuk menghantar surat tunjuk sebab mereka," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment