Tuesday, October 06, 2015
4500 Serbu MPSP Untuk Isi 150 Jawatan Kosong Tukang Angkat Sampah ! Majoriti Melayu !!
Adakah pekerjaan 'suci' ini hanya dibuka kepada orang Melayu di negeri
DAP Pulau Pinang menerusi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)??
Mengapa Andy mengatakan pekerjaan ini hanya dibuka kepada orang Melayu??
Ini kerana jika anda melihat gambar yang tertera pada sesi temuduga
hanya dihadiri 100% oleh golongan Melayu.
Mengapa kaum Cina dan India di negeri itu tidak turut hadir dalam sesi
temuduga ini bagi merebut kekosongan yang diberikan oleh kerajaan
negeri???
Selain itu, jika anda melihat pekerja majlis bandaran negeri ini yang
sedang membersihkan kawasan-kawasan di sekitar berhampiran rumah anda
mahupun mengangkut sampah dari rumah anda, pastinya pekerja-pekerjanya
100% kaum Melayu berbanding pekerja majlis bandaran di negeri lain.
Kemana perginya kaum lain dalam bidang pekerjaan ini di negeri di bawah
pentabiran DAP?? Adakah pekerjaan ini hanya layak diberikan kepada orang
Melayu di negeri itu??
Barangkali, kaum Melayu yang mendapat kerja dalam bidang dan 'jawatan
tertinggi' ini menggunakan 'kabel besar' berbanding kaum lain.
Agak mengecewakan apabila temuduga yang diadakan pihak MPSP dibawah
pentadbiran DAP Pulau Pinang ini hanya membuka 150 kekosongan jawatan
berbanding 4500 orang yang dipanggil untuk sesi temuduga.
Malah, apa yang menduka citakan, kekosongan tersebut telah diisi oleh
mereka yang mengenali 'orang dalam' MPSP. Ini juga merupakan satu proses
pemilihan yang tidak bersih yang dilaksanakan MPSP.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment