
Tuesday, October 06, 2015
Foto Najib Dan PM Israel Hanya Tindakan Ingin Memanipulasikan Fakta
KUALA LUMPUR : Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk
Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tersebarnya gambar Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Perdana Menteri Israel
merupakan salah satu tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang sudah
tentunya mempunyai niat untuk memanipulasikan fakta untuk menjatuhkan
Perdana Menteri.

“Bukan hanya Datuk Seri Najib sahaja yang menjadi mangsa kepada
fitnah dan tohmahan namun hakikatnya lebih ramai pemimpin dalam kerajaan
juga turut dijadikan bahan untuk dijadikan cerita sensasi oleh
pihak-pihak tertentu.
“Kita tidak seharusnya menyalahgunakan
IT terutamanya untuk memfitnah kerana secara umumnya semua tahu bahawa
fitnah itu tergolong sebagai dosa besar dan ianya juga menyalahi
undang-undang,” ujar beliau dalam sidang media Wanita Barisan Nasional
(BN) di Ibu Pejabat Wanita UMNO hari ini.
Beliau turut menegaskan bahawa semua individu harus berhati-hati dan
sentiasa berwaspada dalam menggunakan teknologi terutamanya media sosial
dalam menginterpretasi sesuatu maklumat yang dikongsi.
Dalam sidang media yang sama beliau dengan sukacitanya mengumumkan
bahawa Wanita Barisan Nasional Malaysia akan menganjurkan ASEAN
Conference On Women In Politics : Promoting Representation Through
Connectivity And Innovation pada 17 dan 18 Oktober 2015 bertempat di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Tambah Shahrizat, sebenarnya Connectivity dan Innovation ini
boleh digunakan untuk kebaikan rakyat dan negara dan saya ingin menyeru
kepada semua rakyat supaya menggunakan IT dengan sebaik mungkin untuk
kebaikan dan pembangunan negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment