Tuesday, October 06, 2015

Wanita BN Bakal Anjur ‘ASEAN Conference On Women In Politics’ Pada 17 & 18 Okt Ini

KUALA LUMPUR : Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, peranan wanita di dalam politik tidak boleh dipandang remeh kerana wanita adalah jentera utama yang membawa kepada kemenangan parti-parti politik yang menjadi kerajaan di semua negara.

Menyedari hakikat tersebut maka buat julung kalinya Wanita BN akan menganjurkan ASEAN Conference on Women In Politics (WIPKL 2015) yang bertajuk Promoting Represention Through Connectivity And Innovation pada 17 dan 18 Oktober ini.
http://kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2014/11/Shahrizat-1.jpg
Jelas Shahrizat, WIPKL 2015 ini diadakan bersempena dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015 dan ianya bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Conference ini bakal disertai oleh 18 wanita wakil daripada parti-parti politik di Asean. Wanita BN menyedari bahawa wanita dalam politik adalah satu komponen yang amat kritikal sedangkan wanitalah yang mendokong dan menjayakan mana-mana kerajaan di dunia ini apatahlagi di Asean.

“Jadi kita menganjurkan program ini agar dapat bertukar-tukar pendapat. WIPKL 2015 juga akan memberi tumpuan kepada isu kepimpinan wanita terutama di negara-negara Asean di mana rangkaian digital dan inovasi menjadi platform utama dalam meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang politik,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat Wanita UMNO Malaysia sebentar tadi.

Tambah beliau, Wanita BN memilih tajuk yang memberi penekanan kepada ‘connectivity dan innovation’ kerana sedar bahawa hari ini dan akan datang jika wanita mahu terus jadi relevan dan membawa kepada kemenangan parti-parti yang diwakili, maka wanita mesti memahami dan mendokong pembaharuan yang dibawa oleh media sosial.

“Wanita terutama Wanita BN mendokong ecosistem yang baru di mana it mesti menjadi cara berpolitik yang baru. Kita mahu ada anjakan paradigma dalam berpolitik. Jika kita sebagai jentera tidak ada inovasi maka kita akan tertinggal di belakang,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, hasil intipati conference ini kelak bakal dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada Disemberi ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment