Tuesday, October 06, 2015

Larian Maksiat Buih Cinta Di Negeri DAP P.Pinang.. Tahniah DAP!!

Selepas seorang rakyat di P.Pinang berniat "membunuh diri" kerana Lim Guan Eng, mungkin selepas bulan Oktober nanti ramai rakyat kembali "sayang" kepada Ketua Menteri P.Pinang tersebut.

Ini kerana, pada awal Oktober nanti akan diadakan satu pesta yang dinamakan Love Buble Run atau Larian Buih Cinta di P.Pinang.

Jika sebelum ini kita hanya mengetahui tentang pesta buih yang dianjurkan didalam kolam renang di pusat-pusat hiburan, kini di negeri DAP ianya lebih maju dan "advance"..

Orang ramai khususnya para remaja bebas bergaul sambil bermain buih di tepi-tepi jalan sempena larian buih cinta ini.. Mungkin dengan cara berkenaan, remaja-remaja di P.Pinang akan lebih tahu menghargai cinta sesama mereka..

P.Pinang kini sudah semakin terkenal dengan pelbagai acara yang tidak bermoral.. Jika sebelum ini diadakan pesta bogel di kawasan pantai di negeri berkenaan, Oktober nanti akan berlansung pula larian buih cinta ini..

Mungkin Lim Guan Eng dan DAP negeri suka serta menggalakkan rakyatnya bersosial.., maka sebab itulah program-program berunsurkan keruntuhan moral ini dibenarkan untuk diadakan di P.Pinang.


Tahniah kepada pengundi DAP. Tahniah kepada Lim Guan Eng yang bakal "merosakkan" pemikiran generasi baru di P.Pinang!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment