Tuesday, October 06, 2015

Saifuddin Gila Sebab Pertikaikan Lembaga Disiplin UMNO??

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah berasakan bahawa dirinya tidak bersalah atas sebab menghadirkan diri ke Sidang Meja Bulat bagi penubuhan Pakatan Harapan pada 22 September lalu. Laaaa.. Atas urusan apa dia hadiri program parti pembangkang tu??

Sudah la hadiri Sidang Meja Bulat Pakatan Harapan, lepas tu bila  Lembaga Disiplin parti mintak Saifuddin bagi penjelasan dan tunjuk sebab atas tujuan apa dia hadiri Sidang Meja Bulat tersebut, boleh pulak dia soal balik Lembaga Disiplin parti! Hahaaa tak pening.

Oleh sebab itu, Saifuddin dianggap sebagai ‘gila’ oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Pening ketom agaknya haha! Tengku Adnan malas nak layan dan malas nak jawab soalan Saifuddin, sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada peguam.

“Tak gila ke, kita hantar surat dia untuk jawab, dia soal balik dekat kita.

“Saya tidak akan menjawab persoalan Saifuddin tetapi akan serahkannya kepada peguam saya untuk jawab soalan dia (Saifuddin). Surat itu akan dihantar sendiri kepada Lembaga Disiplin,” katanya.

Ditanya juga kepada Saifuddin tentang keengganan Tengku Adnan menjawab segala persoalannya yang katanya surat tunjuk sebab dari Lembaga Disiplin parti itu kabur, Saifuddin enggan mengulas.

Saifuddin terus mempertahankan haknya untuk hadir ke program yang dianjurkan oleh parti pembangkang kerana menganggap dia hadir atas alasan kapasiti pertubuhan bukan kerajaan, Akademi Belia.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment