Tuesday, October 06, 2015
Mahkamah Tolak Permohonan Azmi, Akta Hasutan Sah Dalam Perlembagaan
PUTRAJAYA : Pensyarah Undang-undang Azmi Sharom
gagal dalam permohonannya mencabar Akta Hasutan 1948 yang digubal semasa
pemerintahan British diisytiharkan sebagai tidak mengikut perlembagaan.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim
Negara Tun Arifin Zakaria menolak permohonan Azmi, dan memerintahkan
supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Sesyen.
Panel lima hakim itu termasuklah Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md
Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim
Abdull Hamid Embong dan Datuk Suriyadi Halim Omar.
Arifin yang membacakan keputusan itu berkata akta itu tidak
bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan
dengan kebebasan berucap, bersuara dan berhimpun.
Pensyarah Universiti Malaya ini yang memakai baju kelabu dan tali
leher coklat, dilihat menggelengkan kepalanya apabila mendengar
keputusan tersebut dibacakan.
Mahkamah penuh dengan penyokong dan peguam seawal pukul 8.30 pagi, Selasa.
Pada 2 September tahun lepas, Kolumnis The Star ini didakwa mengikut
Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) akta tersebut berhubung komen beliau
dalam satu artikel bertajuk ‘Take Perak crisis route for speedy end to
Selangor impasse, Pakatan told’ yang disiarkan dalam sebuah portal
berita.
Jika sabit kesalahan di bawah mana-mana satu dakwaan, beliau akan
menghadapi hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun
atau kedua-duanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment