Tuesday, October 06, 2015

Ahli Parlimen DAP Anthony Loke Ditangkap, Jerit ‘Celaka Punya FRU’

anthony Loke
SEREMBAN : Pengerusi DAP Negeri Anthony Loke dan ADUN Temiang, Ng Chin Tsai ditahan oleh polis kerana menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas merobohkan rumah di Kampung Ulu Temiang, di sini awal pagi ini.

Berdasarkan klip video pendek yang diterima, Anthony turut dilihat melemparkan kata-kata kesat kepada pihak berkuasa yang menangkapnya.

“Celaka punya FRU, jangan fikir saya takut” jeritnya berdasarkan rakaman tersebut.

Anthony ditahan bersama 14 penduduk kampung yang lain kerana enggan keluar, walau pun telah diberi amaran oleh pihak berkuasa.

Menurut sumber, Anthony ditahan selepas membuat kekecohan bagi menghalang tindakan untuk merobohkan kediaman penduduk yang masih berdegil untuk berpindah.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Seremban menaiki trak polis pada jam lebih kurang 8.25 pagi.

Turut berada di lokasi adalah Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun.

“Saya hanya akan keluarkan kenyataan selepas semua siasatan selesai,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut.

Pada 30 September lalu, dia bersama beberapa orang penduduk berarak bagi membantah tindakan merobohkan rumah setinggan di kampung berkenaan.

Penduduk kampung sebelum ini telah diberikan notis arahan untuk berpindah dalam tempoh 14 hari yang berakhir 25 Ogos lalu.
anthony Loke 1

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment