Tuesday, October 27, 2015
Panassss!!!! Hadi Awang Kecam Tindakan Biadap MP Pamer Plakad 'Mana RM2.6 Bilion'
KUALA LUMPUR : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar
tindakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang memegang plakad "Mana RM2.6
bilion" selepas Datuk Seri Najib Razak selesai pembentangan Bajet 2016
di Parlimen Jumaat lalu.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keenganan parti Islam
itu menuruti langkah parti pembangkang lain kerana menyifatkan ianya
merupakan tindakan tidak sopan.
Hadi berkata, ia tidak wajar dilakukan ahli Parlimen kerana perbuatan tersebut hanya dilakukan peserta demonstrasi.
"Kita bukan peserta demonstrasi, kita ahli Parlimen yang beradab," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang mempersoalkan tindakan Ahli
Parlimen PAS yang tidak turut serta menyatakan protes sejurus Perdana
Menteri selesai membentangkan Bajet 2016 berhubung wang RM2.6 bilion.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment