Tuesday, October 27, 2015
PAS Sedia Bekerjasama Dengan UMNO dan Kerajaan BN – Hadi
PAS melakukan kejutan dengan sedia bekerjasama dengan UMNO dan
kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara-perkara yang meletakkan
rakyat sebagai keutamaan.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perkara tersebut
adalah pendekatan terbaru yang diambil oleh parti Islam itu dengan
menolak segala fahaman politik yang berbeza.
“Kita akan berjumpa dengan menteri tentang isu-isu rakyat, kita perlu
berjumpa tak cukup hanya di Parlimen, apatah lagi ada menteri-menteri
yang tak hadir ke Parlimen.
“Kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan
bekerjasama dalam perkara yang tak baik, ini adalah pendekatan baru yang
kita ambil,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, Selasa yang
disertai ahli-ahli parlimen PAS lain.
Menurutnya lagi, keputusan terbaru ini bukan satu tindakan berpatah
balik (u-turn) namun lebih bersikap professional dengan semua pihak demi
kepentingan rakyat.
“Kita adalah parti yang mempunyai pengalaman lebih jauh daripada
parti lain, kita dah menyertai kerajaan campuran pada zaman 1970 an, 74
masuk BN, keluar balik.
“Kata kita tak akan bekerjasama dengan Barisan tu tak betul, kita
akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama yang
tak baik,” kata Ahli Parlimen Marang itu.
Mengulas lanjut, kerjasama yang dikatakan itu termasuklah bersama
dengan parti pembangkang lain iaitu PKR, DAP dan PAS, namun menegaskan
tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan.
“Kita bekerjasama dengan semua termasuk DAP, PKR dan PAS, cuma kita
tak akan sertai Pakatan Harapan sebab kita tak ada harapan dengan
harapan yang tak sampai destinasi, macam saya sebut tadi, nak pergi
Kuantan ikut jalan ke Kuala Lipis, mana boleh sampai,” sindirnya.
Katanya, PAS lebih selesa mengambil langkah untuk berdiri sendiri
kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan sehingga parti lain menumpang
pada kekuatan yang ada pada PAS.
“Bukan sahaja boleh bersendiri, malah dah lama kita bersendiri pun,
banyak parti lain bergantung dengan parti kita, kita ada banyak
cawangan, demo jalanan pun PAS tak sertai, ramai orang Islam tak hadir,
kamu boleh saksikan, ini kekuatan yang ada pada kita.
“Bagi orang Islam dan bukan Islam yang nak perubahan, mereka perlu pilih PAS,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment