Tuesday, October 27, 2015
PM Jawab Isu RM2.6 Bilion Pada Persidangan Kali Ini – Peguam
PETALING JAYA : Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan menjawab
soalan mengenai wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau pada sesi
persidangan Dewan Rakyat.
Peguamnya Datuk Hafarizam Harun pada Selasa berkata, satu tarikh awal
akan diminta daripada Mahkamah Tinggi untuk mendengar permintaan
perdana menteri untuk membatalkan saman berhubung dana itu.
Katanya, beliau tidak mahu jawapan Najib di Parlimen meninggalkan kesan kepada perbicaraan itu nanti.
“Saya minta tarikh pengurusan kes awal dan tarikh perbicaraan awal
kerana perdana menteri dijadualkan menjawab soalan mengenai RM2.6 bilion
di Parlimen dan saya tidak mahu jawapan di Parlimen mempunyai pengaruh
terhadap perbicaraan di sini dan begitu juga sebaliknya.
“Apa sahaja yang dihujahkan di sini tidak akan dibangkitkan di
Parlimen apabila perdana menteri menjawab soalan mengenai wang RM2.6
bilion itu,” beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di
mahkamah, Selasa.
Hafarizam mahu mahkamah menetapkan 4 November sebagai tarikh
pengurusan kes, tetapi peguam plaintif, Michelle Kumar, memohon tarikh
itu ditangguhkan dan ia dipersetujui Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.
Selepas prosiding mahkamah, Hafarizam berkata anak guamnya akan
menjawab berkenaan RM2.6 bilion itu di Parlimen, justeru beliau mahu
saman itu dibatalkan sebelum berbuat demikian.
“Saya mahu pembatalan saman itu dilakukan supaya apabila PM menjawab
di Parlimen, kes ini bebas daripada perbahasan kehakiman, yang ada cuma
perbahasan politik atau parlimen.
“Jadi, arahan saya ialah supaya permohonan ini dibuat secepat mungkin,” katanya.
Mahkamah Tinggi telah menetapkan 11 November bagi pengurusan kes
akhir bagi semua pihak terlibat memfailkan afidavit balas dalam saman
terhadap Najib, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR).
Saman sivil itu difailkan PKR, memohon keputusan Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU-13) dibatalkan oleh mahkamah atas dakwaan kesalahan pilihan
raya yang dilakukan Najib susulan pemindahan wang RM2.6 bilion ke dalam
akaun peribadinya.
Dana itu dipindahkan menerusi beberapa syarikat berkaitan 1MDB,
dengan sebahagian besar darinya dipindahkan sebelum PRU13 pada Mei 2013.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment