
Tuesday, October 27, 2015
PM Terus Diasak Untuk Pembangkang Tutup Sumber Dana Politik Mereka
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin
Yahaya berkata, pembangkang tidak akan seberani Perdana Menteri
merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak di dalam mendedahkan sumber dana politik bagi kegunaan parti
mereka.
Tegasnya, dek kerana mahu menutup kebaculan mereka itulah maka
Perdana Menteri terus-terusan dihentam dan diasak dengan isu dana
politik RM2.6 billion.
“Mereka ingin menggambarkan kononnya mereka itu suci dan BN itu
kotor. Sebab itu mereka terus mendesak Perdana Menteri tentang isu ini
sedangkan ianya sudah dijawab. Kini persoalannya, adakah pembangkang
berani untuk mendedahkan daripada mana mereka mendapat sumber kewangan
bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti politik mereka.
“Jika mereka berani dedahkan daripada mana mereka mendapat sumber
kewangan… Ini baru adil. Apakah Dap, Pas dan PKR tidak menggunakan apa-apa sumber kewangan? Adakah mereka hanya bergerak atas dasar sukarela? Ini adalah mustahil,” ujarnya kepada pihak media.

Sebagai
contoh ujar Shahbudin, apabila pembangkang menggerakkan gerakan Bersih
1.0 sehingga 4.0, sudah pasti ia mempunyai kos tertentu.
Walaupun dikatakan ia digerakkan oleh NGO tetapi tulang belakangnya adalah Dap, katanya.
“Ini mereka tidak boleh nafikan kerana pemimpin mereka terlibat
secara terus. Gerakan-gerakan ini sudah parti ada kosnya. Jadi di mana
kos ini diperolehi. Ini baru satu contoh… belum contoh yang lain. Kerana
itu saya amat yakin bahawa pembangkang tidak akan berani untuk
mendedahkan sumber kewangan mereka.
“Bagi menutup perihal mereka, Perdana Menteri dijadikan mangsa
serangan politik agar dilihat kerajaan BN berada di pihak yang bersalah
dan mereka berada di pihak yang betul,” ujarnya lagi.
Tambah Shahbudin, penggunaan dana politik dalam menggerakkan parti
bagi memenangi pilihan raya mahupun menjalankan aktiviti parti itu
sendiri, sebenarnya adalah sesuatu perkara yang biasa sejak wujudnya
dunia poltik.
Dana inilah jelas beliau yang akan memperkukuhkan setiap program
untuk memperkasakan politik sesebuah parti bagi menjalankan dasar-dasar
yang ingin dilaksanakan.
“Di dalam hal ini, setiap parti politik mempunyai kaedah dan cara
mereka tersendiri bagi mendapatkan sumber kewangan. Seperti contoh
mendapatkan daripada sumber kewangan pihak lain di mana kita menjalankan
hubungan baik.
“Ini bergantung kepada kreativiti dan sejauh mana rakan-rakan ingin
menolong. Justeru itu Perdana Menteri mempunyai hubungan yang sangat
baik di seluruh dunia. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh beliau sendiri,
dana politik parti BN diperolehi daripada sumbangan-sumbangan dan
kenalan atau rakan-rakan yang mempunyai dasar perjuangan yang sama
dengan negara kita.
“Keadaan ini adalah yang normal dan Perdana Menteri telah mengumum
dan memaklumkan sumber dana tersebut datang daripada mana. Pihak
pembangkang sebenarnya tidak boleh lagi mempertikaikan sumber pendapatan
bagi dana politik BN,” terangnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment