
Tuesday, October 06, 2015
Rakyat Tidak Jaga Kesihatan Bazirkan Sumber Negara – Tawfiq
KOTA KINABALU : Rakyat yang lalai terhadap penjagaan kesihatan diri dianggap sebagai membazir sumber negara, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.
Beliau berkata sehubungan itu rakyat dianggap sebagai menyumbang
kepada kemajuan diri, keluarga dan negara jika mereka sentiasa mengambil
berat tentang kesihatan diri mereka.

“Datuk Lee Chong Wei (jaguh badminton negara) dan Datuk Nicol David
(jaguh skuasy negara) merupakan rakyat contoh yang mampu bersaing dengan
atlet yang jauh lebih muda daripada mereka.
“Kedua-dua atlet ini membuktikan bahawa walaupun usia mereka
meningkat, namun ia tidak menjadi faktor kepada kemerosotan daya
kompetitif mereka, dengan syarat mereka harus mempunyai disiplin dan
mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa,” katanya.
Beliau merasmikan seminar ‘Membudayakan Gaya Hidup Sihat Dalam
Kalangan Penjawat Awam’ di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Sabah
dekat sini.
Tawfiq berkata rakyat yang mempunyai penyakit kronik tetapi terurus
tentang kesihatan mereka mampu menghasilkan produktiviti kerja yang
lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit kronik
tetapi obes dan tidak bersenam.
Beliau turut meminta rakyat supaya mengambil kesempatan dengan
menyertai Hari Sukan Negara pada 10 Okt ini bagi merangsang minat untuk
membudayakan gaya hidup sihat.
“Usaha ini (Hari Sukan Negara) mencerminkan betapa seriusnya
kerajaan mempromosi dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan
masyarakat secara am dan penjawat awam secara khusus,” katanya.
Seramai 311 penjawat awam menghadiri seminar tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment