Monday, October 19, 2015
Tangkap Saja Orang Macam Ni.... Doris Jones Rancang Kembali Ke Malaysia Dengan Pasport UK
KOTA KINABALU : Aktivis kelahiran Sabah yang berpangkalan di London,
Doris Jones merancang untuk kembali ke Malaysia dengan pasport
antarabangsa United Kingdom yang baharu dikeluarkan.
Jones yang merupakan individu disebalik Gerakan Sabah Sarawak Keluar
Malaysia (SSKM) berkata beliau sudah merancang untuk kembali ke Sabah
dengan dokumen perjalanan baharunya selepas permohonan untuk
memperbaharui pasport Malaysia ditolak.
"Saya tak akan beritahu anda bila saya akan pulang, saya ada keluarga di
sana," kata Jones ketika dihubungi di London pada Isnin.
Jones bagaimanapun berkata beliau masih lagi rakyat Malaysia walaupun
memiliki taraf penduduk tetap di United Kingdom sejak 20 tahun.
Wanita berusia 45 tahun itu yang dikenal pasti polis Sabah sebagai Yapp
Kim Youn dari Labuan berkata dirinya masih lagi anak jati Sabah.
"Saya tidak memohon kerakyatan British, saya hanya memohon dokumen
perjalanan kerana Malaysia enggan memperbaharui pasport saya," kata
Jones.
Pada Ahad lalu, Jones dalam laman Facebooknya berkata beliau telah
menyelesaikan isu pasportnya di United Kingdom tanpa sebarang masalah.
Katanya, permohonan untuk memperbaharui pasport di Suruhanjaya Tinggi
Malaysia di London ditolak dan beliau ditawarkan sijil kecemasan bagi
perjalanan sehala dan dikehendaki memperbaharui pasport tersebut di
Putrajaya.
"Saya mahu memperbaharui pasport di Kota Kinabalu, mengapa Putrajaya," katanya.
Polis di sini memperoleh waran tangkap terhadap Jones yang dikehendaki atas tuduhan di bawah Akta Hasutan.
Namun usaha pihak berkuasa untuk mengekstradisi Jones tidak berhasil
kerana undang-undang Britain tidak mengiktiraf kesalahannya di bawah
akta tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment