Thursday, October 01, 2015
Tiada Bukti Yang Ditemui Boleh Dikaitkan Dengan Murid Yang Hilang... Semakin Peliklah
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid Orang Asli Sekolah
Kebangsaan Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos lepas akan diperluaskan ke
bandar-bandar kecil berdekatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata kawasan SAR diperluaskan daripada kawasan hutan hingga ke
bandar-bandar kecil kerana pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan
berlaku jenayah dan penculikan membabitkan murid berkenaan.
"Kita akan meliputi kawasan pencarian ini ke bandar-bandar kecil
berdekatan kerana kita khuatir ada pihak yang melakukan penyembunyian
kanak-kanak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mendengar
taklimat SAR itu dan bertemu ibu bapa tujuh murid berkenaan di Sekolah
Kebangsaan Tohoi di sini, Isnin.
Dalam kejadian itu, enam murid perempuan dan seorang murid lelaki Orang
Asli berusia antara tujuh dan 11 tahun dilaporkan melarikan diri
daripada asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru
selepas mereka didapati mandi di sungai tanpa kebenaran. Mereka pada
mulanya dikhuatiri tersesat di hutan.
Turut mengiringi Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri ialah
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Ketua Polis Kelantan
Datuk Mazlan Lazim dan Panglima 8 Briged Infantri Brig Jen Zarondin Md
Amin.
Ahmad Zahid berkata pihak risikan termasuk polis dan tentera akan
menggiatkan usaha menjejaki tujuh kanak-kanak yang hilang itu
memandangkan setakat SAR yang memasuki hari ke-37 hari ini, tiada bukti
yang ditemui yang boleh dikaitkan dengan kanak-kanak itu.
"Bukti yang ditemui tidak memperlihatkan langsung (seperti) stokin dan
selipar yang ditemui (dalam hutan) daripada kanak-kanak terbabit (ini)
berdasarkan DNA dan sebagainya," kata beliau.
Beliau berkata operasi SAR yang melibatkan kawasan hutan berbukit Pos
Tohoi diperluaskan dari 80 kilometer (km) radius kepada 140km radius.
Setakat ini lapan agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia dan
Angkatan Tentera Malaysia sedang melakukan operasi SAR dan ia akan
diteruskan sehingga kesemua murid terbabit ditemukan.
Beliau berkata unit Senoi Praaq daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) akan
dilibatkan dalam operasi SAR di kawasan hutan belantara itu kerana
mereka terdiri daripada Orang Asli yang mempunyai kemahiran dalam
operasi di hutan.
Ahmad Zahid berkata kerajaan mengambil serius kehilangan kanak- kanak
Orang Asli berkenaan dan akan menggunakan pelbagai pendekatan sehingga
kesemua mereka ditemui.
"Media sosial jangan cuba memutarbelitkan usaha-usaha yang dilakukan
oleh pihak kerajaan, jangan cuba untuk meletakkan unsur-unsur yang
negatif, mereka harus membezakan. Ini soal kemanusian, ini soal perasaan
ibu bapa, jangan mempermainkan perasaan mereka ini.
"Mereka (media sosial) seharusnya bersama kami untuk memberi motivasi
dan semangat bukan sahaja kepada ibu bapa tetapi juga kepada pegawai dan
anggota pasukan pencarian, jangan rendah-rendahkan keupayaan dan
komitmen mereka ... mereka bekerja bersungguh-sungguh," katanya.
Ahmad Zahid juga meminta Kementerian Pendidikan untuk memindahkan kelas-
kelas di SK Tohoi ke bangunan asrama sekolah itu supaya sekolah dan
asrama berada dalam satu kawasan.
Sekarang ini kelas-kelas SK Tohoi dan bangunan asrama dipisahkan dengan jalan pembalakan.
Sementara itu, ibu bapa kanak-kanak terbabit yang ditemui menyatakan
rasa gembira dengan komitmen diberikan kerajaan melalui Ahmad Zahid itu
dan berharap anak-anak mereka segera ditemui.
Medah Angah, 38, berkata komitmen yang diumumkan Ahmad Zahid memberi
harapan baharu kepada ibu bapa yang amat menanti-nantikan anak-anak
mereka ditemui.
"Kami sudah lama menanti anak-anak kami pulang, kami minta anak-anak kami segera ditemui," katanya.
Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie,
8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar
Aluj, 11.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Ataumencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia
ReplyDeleteKLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D
saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D