Wednesday, January 06, 2016

Alhamdulilah Lah...... Majlis Syura PAS Benar Kerjasama Dengan UMNO

Menjelang taklimat khas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk pimpinan utama parti itu di Kota Bharu Sabtu ini, Majlis Syura PAS mengeluarkan kenyataan rasmi pagi Rabu menerangkan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Majlis Syura PAS pada 2 Januari lalu.

Majlis Syura merupakan badan tertinggi pembuat keputusan PAS memutuskan bahawa  PAS akan bekerjasama dengan mana-mana pihak (termasuk UMNO) demi Islam  tetapi tidak akan menyertai BN sebagai satu parti komponen.

Ini satu keputusan yang penting dalam konteks politik Malaysia kerana PAS merupakan parti pembangkang paling berpengaruh dan satu-satunya pencabar UMNO yang teruji dalam mana-mana pilihanraya sejak merdeka lagi.

Menurut Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh keputusan meneruskan kerjasama itu dibuat berdasarkan Nas al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Namun katanya, PAS tidak akan menyertai BN.

"Salah satu daripada dasar Islam yang dipegang oleh Pas ialah bekerjasama dan tolong -menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan. Hal ini berasaskan kepada firman ALLAH SWT di dalam Al-Qur?an.

"Sementara itu hadis Nabi riwayat Imam Bukhari juga ada menyatakan bahawa ?"Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Lalu ditanya kepada Baginda, Ya Rasulullah S.A.W  kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi tapi bagaimana pula kami akan menolong orang yang zalim, Baginda menjawab , elak dan cegah mereka dari melakukan kezaliman itulah erti menolong mereka.

"Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, keputusan ini dibuat," katanya menerusi satu kenyataan medianya hari ini.

Kerjasama antara PAS dan UMNO kembali mencuri perhatian apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung UMNO menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara  mengikut syariat Islam sebenarnya .

Najib sekali lagi menyatakan hasratnya itu di hadapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika kedua-duanya berkongsi pentas di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar hujung bulan lalu.

Pemimpin kedua-dua parti menyambut kerjasama ini dengan pelbagai nada, namun secara ratanya bersetuju UMNO dan PAS bersatu dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam dan ummah. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment