Wednesday, January 06, 2016

Hello PAN... PAS Tak Ingin Bincang Apa Pun

Ini kisah parti kecil bernafsu besar Parti Amanah Negara (PAN) serpihan PAS yang tak ada ahli tapi dianggotai sebahagaian besar bekas pemimpin pro DAP dalam PAS sebelum ini.

Al kisah PAN teringin nak berunding dengan PAS mengenai kerusi dalam PRU14 nanti... entahlah nak bertanding di mana tapi PAS nampaknya tak bergoyang iaitu pintu rundingan tidak pernah dibuka.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah perbincangan itu tidak perlu diadakan kerana PAN pernah membuat perjanjian dengan parti itu untuk tidak bertanding di Kelantan.

"Tapi dia (PAN) kena ingat janji dia dahulu (untuk tidak bertanding) di Kelantan... orang ingat janji dia tu.

"Kalau dia nak bertanding itu hak dia. Dalam negara demokrasi tak ada orang boleh ganggu," katanya.

Mohd Amar mengulas kenyataan Pengerusi PAN Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah semalam bahawa PAN masih membuka pintu rundingan dengan PAS bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum nanti.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS tidak akan menghantar wakilnya untuk menghadiri sebarang perbincangan dengan PAN kerana dari awal lagi PAS "tak ada apa-apa hubungan" dengan parti itu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment