Sunday, January 10, 2016

Azmin Ali Kena 'Basuh' Dengan Geng Sendiri

Kesian dekat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, nampak sangat tidak tahu cara nak uruskan pentadbiran negeri dengan betul. Iyela, kalau tidak tak kan kena ‘basuh’ dengan member sendiri. Betul tak?? Eshhhh maluuunya wehhh!

Macam mana tak kena ‘sekolah’ kalau dari dulu sampai sekarang negeri Selangor yang berada di bawah penjajahannya tu sama je. Takde beza satu habuk pun…. Haaaaa, yang beza pun pintu gerbang masuk Selangor. Kan dia orang nak upgrade, itu pun belum tahu apa bakal terjadi sebab baru tengah buat kira-kira.

Apa yang ‘maju’ pasal Selangor pun itu semua atas jasa murni Barisan Nasional (BN) dahulu. Kalau nak ikutkan sekarang…. Huhhhhhh, ‘pukul naik’ kemajuan yang BN laksanakan dulu je. Kalau nak harapkan Pentadbiran PKR, habuk pun tak dak..

Agaknya mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dah tak tahan kot tengok si Azmin ni boros semacam je tapi langsung takde kemajuan. Mat Taib ada persoalkan, kemana arah tuju duit yang Azmin habiskan tu?? Shopping ke honeymoon?? Sedangkan isu-isu yang dibangkitkan rakyat, Azmin buat endah tak endah je.

“Dia (Azmin) cuba sebaik mungkin tetapi dia patut tumpukan isu-isu seperti sampah dan penjimatan yang dibangkitkan rakyat. Sepatutnya, pentadbiran negeri yang bukan BN harus tunjukkan perbezaan.

“Azmin perlu kaji keadaan negara ini yang nampaknya macam mewah dan kita seharusnya menunjukkan bahawa kita bukan macam itu. Kalau tidak, rakyat tidak akan nampak beza,” katanya.

Mana tak bising kalau pemimpin PKR je nampak makin mewah tapi rakyat jadi pengemis. 

Kemajuan negeri pulak makin mundur, baik berenti je dari jadi MB. Sebab itu la Muhammad atau Mat Taib ni tak puas hati sangat dengan Azmin, macam kanak-kanak ribena je cara dia urusankan pentadbiran negeri.

Nampak sangat mereka tak mampu nak tadbir negeri macam mana yang BN buat. Mereka tidaklah sehebat BN yang mendengar keluhan rakyat. PKR ni cuma dengar keluhan ahli parti sendiri je, lepas tu jaga periuk nasi tujuh keturunan mereka.

Macam mana la nak jadi pemimpin yang hebat kalau pemimpin pun 'sauk' duit rakyat. Lebih pentingkan kecantikan pintu gerbang Selangor dari habiskan duit membantu rakyat. Nanti rakyat Selangor kalau dah takde duit nak makan, pakat pi jilat sorang sikit pintu gerbang tu yerrr. 

Harap-harap kenyang la ya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment