Sunday, January 10, 2016
Minyak Tidak Sampai, Penumpang AirAsia Berang
Kira-kira
170 penumpang berang selepas ‘terperangkap’ selama hampir tiga jam
dalam sebuah pesawat AirAsia dan tidak dibenarkan keluar dari kapal
terbang itu di klia2, di sini hari ini.
Pesawat AirAsia AK6442 menuju ke Kota Bharu, Kelantan tersebut dijadual berlepas pada pukul 8.30 malam ini.
Bagaimanapun, juruterbang mengumumkan penerbangan tergendala seketika
dengan alasan perlu menunggu dokumen pelepasan serta mengisi minyak
pesawat.
Selepas sejam, penumpang mula resah apabila pesawat berkenaan masih tergendala.
Mereka berang dan menuntut penjelasan daripada pramugari yang bertugas.
Kira-kira pukul 10.30 malam, juruterbang pesawat terbabit membuat
pengumuman memberitahu, penerbangan tersebut akan diteruskan oleh
juruterbang lain.
“Setakat ini, kita masih menunggu dokumen pelepasan dan minyak juga belum sampai.
“Untuk makluman penumpang, saya tidak akan meneruskan penerbangan ini
dan juruterbang lain sedang dalam perjalanan. Harap maaf,” katanya.
Penumpang turut berang apabila syarikat penerbangan tersebut tidak
menyediakan makanan atau minuman biarpun ‘terperangkap’ dalam tempoh
yang lama.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment