Sunday, January 10, 2016
Berebut Kerusi PBT : Azmin Ali Bikin Khalid Samad Malu Sendiri...
Kisah parti baru 'setahun jagung' Parti Amanah Negara (PAN) sibuk nak
kerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangr dan keluar kenyataan
macam-macam.
Pengarah komunikasi PAN Khalid Samad nampaknya malu sendiri selepas umum
partinya dapat 10 kerusi kerajaan tempatan, bukan lapan seperti yang
diumumkan Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah.
Khalid buat keluar kenyataan tersebut dalam sidang media di pejabatnya
konon PAN dapat lapan semasa mesyuarat dan dua selepas menyuarat Exco
Selangor Rabu lalu.
Petang Jumaat di Shah Alam, Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali
memberitahu media peruntukan lapan kerusi kerajaan tempatan kepada PAN
di Selangor adalah muktamad.
Sekali gus beliau meminta semua pihak dalam Pakatan Harapan supaya
menerima keputusan itu kerana ia mencetuskan persepsi di kalangan
pemerhati bahawa pakatan baru berkenaan dilanda ketidaksefahaman.
“Keputusan adalah muktamad dan tidak akan berubah. Perwakilan parti
politik terbabit sudah memperincikannya dan bersetuju dengan peruntukan
berkenaan, maka kami beranggapan isu ini sudah selesai.
“Perbincangan telah berlangsung dengan baik dan kami mendapat formula
yang memuaskan hati semua pihak. Ini bukan masa untuk berlumba-lumba,
ahli majlis perlu menggunakan kesempatan ini untuk berkhidmat kepada
rakyat.
“Jika kita terlalu tertumpu terhadap bercakap politik, ahli majlis tidak
akan dapat menjalankan tugas kepada pembayar cukai,” katanya.
Timbalan Presiden PKR itu juga menolak cadangan peruntukan kerusi
berkenaan mencetuskan ketidakpuasan hati di kalangan parti dengan
berkata, “Ini bukan masa untuk berebut-rebut kuasa”.
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman pula mencabar PAN untuk
mengotakan janji mereka untuk tidak menerima sebarang kerusi ahli majlis
PBT di negeri itu jika Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak
memenuhi tuntutan mereka.
Pengerusi PAN Selangor Izham Hashim sebelum ini pernah bertegas untuk
menolak pembahagian berkenaan, jika tuntutan parti itu untuk memiliki 24
hingga 34 kerusi PBT tidak dipenuhi.
"Kita mahu PAN ini memegang kepada prinsipnya yang sebelum ini dia cuba
berteori. Sebelum ini dia kata kalau dia (PAN) dapat kurang daripada 24
kerusi, dia tidak akan ambil mana-mana kerusi, itu kenyataan Pengerusi
PAN Selangor,"katanya dipetik dari sebuah portal.
Khairuddin bukan sahaja mencabar PAN mengotakan janjinya tetapi
mempersoalkan kenyataan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad
semalam bahawa parti itu diberi 10 kerusi PBT dan bukannya lapan sahaja
seperti yang diumumkan Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah.
"Dan mesyuarat MKNN putuskan lapan kerusi sahaja dan Khalid Samad siapa hendak putuskan 10 kerusi?" katanya.
"Jadi kalau dikira lapan atau 10 masih bukan 24 kerusi dan dia sudah
kata kalau tidak cukup 24 kerusi, mereka tidak akan ambil...takkan ambil
satu kerusi pun. Jadi kita cabar dia kotakan apa yang dia kata itu,"
katanya.
PAN Selangor sebelum ini pernah menuntut sekurang-kurangnya 24 kerusi ahli majlis PBT diperuntukkan kepada partinya.
Katanya, jika PAN tidak dapat 24 kerusi tersebut, parti itu akan menolak kesemua tawaran.
“Jika kurang daripada dua, kita tidak akan terima, bahkan kita akan tolak semua tawaran itu.
“Kita ada maruah, sebab kita separuh daripada kerajaan negeri, kita
hanya minta antara 24 hingga 34 kerusi dan jumlah itu kurang daripada 10
peratus sebab total semua kerusi adalah 288,” katanya.
Kerusi diberi kepada PAN adalah di Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Isnin lalu, PAN Selangor berkata, ia berharap untuk mendapat
sekurang-kurangnya dua perwakilan di setiap 12 kerajaan tempatan dalam
Selangor.
Pembahagian 288 kerusi kerajaan tempatan dalam Selongor diubah suai
daripada 120 untuk PKR, 92 untuk DAP dan 67 kepada PAS kepada 103 untuk
PKR, 98 untuk DAP dan 78 untuk PAS.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment