Sunday, January 10, 2016
Cermin Diri, Rafizi Tidak Perlu Nak Ajar Saya : Ahmad Maslan
SETIAUSAHA AGUNG PKR, RAFIZI RAMLI BAGAI LUPA DIRI APABILA MENDAKWA
TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI, DATUK AHMAD
MASLAN YANG SERING MENCETUSKAN KONTROVERSI ADALAH ASET PAKATAN HARAPAN
UNTUK MERAIH UNDI.
Kononnya selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya
Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Penerangan UMNO itu di tempat ketiga
modal utama pembangkang meraih undi.
“Setiap kali beliau membuka mulut – lebih ramai orang akan lari daripada UMNO dan BN.
“Selain Najib dan Rosmah, Ahmad Maslan adalah aset ketiga Pakatan
Harapan yang paling berharga bagi mendapatkan undi,” kata Rafizi seperti
dilapor Malaysiakini.
Sebenarnya, Rafizi patut cermin diri sendiri apabila mendakwa Ahmad
adalah aset atau dalam erti kata lain beliau adalah liabiliti kepada
UMNO dan BN ekoran sering keluarkan pendapat serta pandangannya yang
mencetuskan kontroversi.
Tentu ramai masih ingin, apabila disebut ‘kantoi’, ada yang teringat kepada Rafizi.
Tanpa disedari, beliau juga aset yang boleh digunakan untuk menghentam
pembangkang kerana sudah banyak kali dakwaan beliau berhubung sesuatu
perkara yang kononnya besar, tetapi akhirnya tidak berasas dan tidak
tepat.
Rafizi juga pernah minta maaf apabila berdepan saman pihak tertentu yang
dituduhnya dengan dakwaan tidak benar, malah bagi mengelak tindakan
lanjut, Naib Presiden PKR itu pernah berkata, kenyataannya hanya
gurauan.
Ahmad ketika ditanya mengenai dakwaan Rafizi itu berpendapat pemimpin PKR itu mungkin cuba melemahkan semangat beliau.
“Beliau tersilap orang. Cermin diri dulu. Rafizi tidak perlu nak ajar
saya apa nak diperkatakan kepada orang ramai. Sudah tugas saya beri
pandangan yang sesuai dari masa ke semasa,” katanya kepada BNBBC.my.
Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, beliau bukan takutkan pembangkang
sebab ramai di luar sana tahu mengenai kebenaran kenyataannya kususnya
tentang kerja sedia ada dan buat bisnes online adalah sesuatu yang
pratikal.
Malah katanya, pembangkang sengaja spin kenyataan beliau kerana khuatir
cadangan itu selain praktikal akan dapat mengurangkan sedikit sebanyak
kos hidup.
“Jika masalah selesai, tiada isu yang rakyat perlu terlalu marah kepada
kerajaan dan sebaliknya pembangkang akan kalah. Jadi, macam mana Rafizi
boleh kata saya adalah aset untuk pembangkang dapat undi?,” tanya
beliau.
Sekurang-kurangnya kenyataan Ahmad tidak menyebabkan beliau ‘kantoi’ atau dan kemudian jawab hanya ‘bergurau” untuk tutup malu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment