Sunday, January 10, 2016

Bila Mat Sabu ‘Terlajak Syok’…

Cuba kira sejak pilihanraya umum Mac 2008.Kini sudah hampir lapan tahun kerajaan Pakatan yang dipelopori DAP perintah Pulau Pinang.

Dalam bab ini kena tanya orang Melayu Pulau Pinang sendiri apa sangat perubahan hebat atau dalam bahasa orang negeri itu sempoi sangat yang dibuat DAP selama ini yang beri kesan wow pada kehidupan mereka.

Mat Sabu yang kini Presiden parti Amanah bukanlah orang luar.Beliau lahir di Tasik Gelugor di Seberang Perai.Patut orang Penang tahu senario sebenar masalah semasa Melayu Pulau Pinang.

Amanah kini adalah rakan kongsi politik dalam Pakatan Harapan sebagai penganti tempat PAS yang sudah tidak lagi dapat diterima oleh DAP.

Kata orang kalau pun ‘terlajak syok’ masuk gabungan pembangkang Mat Sabu patut sekali tengok kira kanan sebelum nak jack sakan sampai terangkat DAP.

Harap orang Melayu Pulau Pinang tidak menyumpah bekas Timbalan Presiden PAS ini yang main pukul borong dakwa kerajaan negeri itu jaga orang Melayu lebih baik dari negeri-negeri lain.

Ewahh…katanya ‘Tidakkah pimpinan DAP Pulau Pinang jaga orang Melayu di sana.Saya rasa dia jaga orang Melayu lebih baik dari negeri-negeri lain.”

Mat Sabu cakap begitu Sabtu semasa majlis menandatangani perjanjian yang mengikat erat PKR-DAP-Amanah di Shah Alam.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Amanah negeri Johor ,Zulkefly Ahmad agar DAP tidak letak calon Melayu bertanding di negeri majoriti Melayu itu.

Zulkefly bimbang langkah DAP itu akan menjejaskan peluang Pakatan Harapan menang kerusi kerana masih sukar nak yakinkan pengundi Melayu bahawa DAP bukan anti-Melayu dan anti-Islam.

Hampir lapan tahun berlalu,apakah kadar penguasaan ekonomi orang Melayu Pulau Pinang sudah berlipat kali ganda berbanding zaman dibawah Gerakan/BN dulu.Begitu juga dalam isu perumahan dan sebagainya.

Mat Sabu nampak macam tengah khayal bermimpi ditengah kesulitan kedudukan orang Melayu yang terus terhakis dari hari demi hari khususnya di kawasan pulau di Pulau Pinang.

Ambil kes Kampong Mutiara dekat Batu Feringgi yang terkepung denganmkawasan perumahan mewah. Apa yang nyata di depan mata di kawasan-kawasan khususnya strategik…penempatan Melayu semakin mengecut.

Di kawasan Georgetown tak payah cakaplah.Kedudukan Melayu masih bagai melukut di tepi gantang.Turun ke Jelutong sudah teruk,begitu juga di Gelugor.Batu Uban sudah bukan lagi kawasan Melayu.

Sungai Nibong sudah nyawa ikan.Bayan Bayan Baru dan Bayan Lepas kata orang tunggu masa.

Batu Maung ke Permatang Damar Laut makin ‘diceroboh’ oleh pembinaan rumah-rumah mahal yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu.Begitu juga Teluk Kumbar.

Benteng terakhir orang Melayu di kawasan pulau ialah Balik Pulau.Itu pun makin hari makin banyak naik taman-taman perumahan yang mahal harganya.

Nak cakap bab perumahan kos murah.Elok minta Mat Sabu tolong tunjuk dimana yang kerajaan negeri sedang buat.

Kebanyakan perumahan murah yang ada sekitar negeri sekarang adalah peninggalan zaman perintahan BN dulu.

Dalam bab nak perkasa ekonomi Melayu.Senang cakap habuk pun tak nampak.

Sebelum nak cakap lepas begitu Mat Sabu sepatutnya minta kerajaan DAP Pulau Pinang huraikan apa program yang dibuatnya untuk perkasakan orang Melayu di negeri itu.

Begitu juga dikalangan pimpinan Melayu PKR…apa input untuk perkukuhkan kedudukan yang mereka perjuangkan selama ini?

Presiden PKR ialah Ahli Parlimen Parmatang Pauh.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang,Datuk Mansor Othman yang kini Ahli Parlimen PKR Nibong Tebal tidak lama dulu pernah perang dingin cop Ketua Menteri Lim Guan Eng bagai ‘ tokong’ dan susah nak berkira.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 19 November lalu Ahli Dewan Undangan Negeri PKR kawasan Penanti di Seberang Perai ,Dr. Norela Ariffin yang majoriti Melayu menitis air mata dalam dewan.

Ini bila beliau merintih kerajaan negeri tidak mahu memahami masalah kemudahan yang dihadapi oleh penduduk di 28 kampung dalam kawasannya.

Siapa tahu Mat Sabu dan geng Amanah ada lampu Aladin yang boleh cerahkan nasib orang Melayu Pulau Pinang setelah menyertai Pakatan Harapan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment