Sunday, January 10, 2016
Bila PAN Sudah Mula Berani Bersuara
Isu pembahagian Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT di Selangor
seolah-olah tidak mungkin bakal berkahir dengan cepat dan mudah.
Pertikaian pembahagian wakil ini terus membelenggu kerajaan negeri
Selangor dan DAP dilihat seperti mengawal sepenuhnya pembahagian wakil
ini, walaupun negeri ini diperintah oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR)
yang diwakili oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor bersetuju dengan saranan DAP untuk
memperuntukkan 8 wakil PBT dari Parti Amanah Negara (PAN). Namun, PAN
jelas tidak bersetuju dengan pembahagian ini dimana mereka tetap
menuntut 24 wakil dari parti mereka untuk berada didalam Ahli Majlis PBT
ini, walaupun kerajaan negeri sudah menambah 2 lagi wakil dari parti
berkenaan.
Malah mereka juga secara terbuka mendesak kerajaan negeri memberikan
perlantikan lebih ramai wakil PAN untuk jawatankuasa Pengerusi
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk membolehkan
mereka berada dan menyertai pentadbiran negeri.
Walaupun PKR dan DAP dilaporkan terpaksa mengorbankan wakil mereka untuk
meberi laluan kepada PAN dalam memperolehi wakil didalam PBT, namun
ianya langsung tidak memuaskan hati PAN yang melihat mereka wajar
diberikan peluang sama rata dengan DAP dan PKR.
Dapat difahami bahawa mereka menuntut hak yang diberikan kepada PAS
dikurangkan sepenuhnya dan hak yang menjadi milik PAS, pada tafsiran
PAN, wajar diberikan kepada mereka, memandangkan PAN adalah salah satu
parti yang menyertai Pakatan Harapan hari ini.
Sesuatu yang tidak disedari PAN adalah, DAP dan PKR sebenarnya
berwaspada dalam memberikan hak berkenaan kepada PAN kerana parti
berkenaan baru sahaja ditubuhkan dan masih belum membuktikan apa-apa pun
potensi mereka dalam memberikan kemenangan mutlak kepada Pakatan
Harapan.
Jesteru, kedua-dua parti induk ini hanya membiarkan PAN mendesak PAS
melepaskan hak wakil mereka didalam PBT demi memenuhi kehendak PAN di
Selangor. Sangat jelas kini, PAN sudah semakin berani bersuara menuntut
sesuatu dari DAP dan PKR untuk kepentingan parti mereka.
Persoalannya,
mampukah Pakatan Harapan ini bertahan apabila kehendak nafsu jawatan
lebih diutamakan daripada kesepakatan?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment