Beliau berkata harga getah di Malaysia masih lebih tinggi berbanding Thailand.
Thursday, January 07, 2016
Dakwaan Harga Getah Di Malaysia Rendah Berbanding Thailand Tidak Benar – Pengerusi RISDA
PADANG BESAR : Dakwaan bahawa harga getah di Malaysia lebih
rendah daripada di Thailand adalah tidak benar sama sekali, kata
Pengerusi RISDA Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Beliau berkata harga getah di Malaysia masih lebih tinggi berbanding Thailand.
Katanya berdasarkan rekod Thai Rubber Association, harga getah
sekerap di Thailand adalah 15 Baht iaitu bersamaan RM1.87 sedangkan di
Malaysia adalah RM1.90 iaitu tiga sen lebih tinggi, sedangkan apa yang
diviralkan adalah harga di Malaysia RM2.20 berbanding negara jiran itu
pada harga RM4.50 sekilogram.
“Begitu juga dengan harga susu getah. Kita beli dengan harga
RM3.50 sekilogram manakala di Thailand 28 Baht (RM3.39), bermakna harga
mereka (Thailand) lebih rendah 11 sen,” katanya berhubung maklumat harga getah yang tidak benar disebarkan di media sosial.
Beliau berkata demikian selepas mengagihkan RM88,000 wang zakat
hasil keuntungan anak syarikat RISDA, Espek Plantation dan RISDA Baja
kepada 216 penduduk dari kawasan Parlimen Padang Besar di perkarangan
Masjid Jamek Beseri di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA Najib A.
Samad, Ketua Pegawai Eksekutif ESPEK Plantation Sdn Bhd Fikri Ghani dan
Pengarah RISDA Perlis Ramlie Tumin.
Zahidi yang juga Anggota Parlimen Padang Besar mengakui pendapatan
ramai pekebun kecil terjejas oleh kejatuhan harga getah dan ditambah
pula dengan penurunan harga minyak, justeru RISDA telah merangka
pelbagai pelan serta program yang dapat membantu dalam hal ini.
“Kita juga akan minta supaya diwujudkan kad keluarga bagi mereka
yang berpendapatan rendah dan miskin untuk digunakan semasa membeli
barangan keperluan asas dengan harga yang lebih murah,” katanya.
Katanya RISDA juga bercadang untuk bersama dengan persatuan pekebun
kecil serta persatuan peladang dan nelayan bertemu dan berbincang dengan
kerajaan untuk mencari jalan meringankan beban rakyat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment