Thursday, January 07, 2016

DAP "Kunci Mulut" Adakah Mereka Beri Laluan Kepada AMANAH Dapat Kerusi PBT Selangor?

DAP Selangor dilihat enggan mengesahkan sama ada parti itu memberikan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Parti Amanah Negara (AMANAH)

Ketika dihubungi FMT, di sini, hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim memberi alasan bahawa beliau tidak mempunyai maklumat lengkap berhubung penyerahan kerusi PBT untuk AMANAH.

“Saya tidak mempunyai maklumat lengkap parti mana yang menyerahkan lapan kerusi kepada AMANAH, cuma apa yang saya tahu kerajaan negeri mengarahkan lapan kerusi diserahkan kepada AMANAH untuk menyelesaikan isu yang berlaku, ” katanya.

Bagaimanapun, cubaan FMT mendapat pengesahkan daripada pimpinan DAP lain termasuk Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua tidak berhasil.

Terdahulu, EXCO Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah mengesahkan lapan kerusi PBT yang diberikan kepada AMANAH hasil persetujuan antara PKR, PAS dan DAP.

Katanya, lima kerusi yang akan diberikan kepada AMANAH adalah di Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment