Monday, January 11, 2016
Datuk Seri Vida Pernah Mohon Berkat Dari Allahyarham Nik Aziz
Ramai dikalangan netizen ketika ini mengutuk serta mempersendakan
Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hajjah Dr Hasmiza Othman, atau lebih
dikenali sebagai Datuk Seri Vida yang sememangnya popular dikalangan
selebriti tempatan.
Dengan kekayaan serta kejayaan Datuk Seri Vida, sudah tentu beliau kini
merupakan antara individu yang menjadi tumpuan kebanyakan rakyat
Malaysia dan juga peminat seni hiburan tanahair.. Apatah lagi setelah
kejayaan beliau menganjurkan Program Gegar Vaganza yang mendapat tempat
dihati rakyat.
Namun disebalik kejayaan beliau, ada juga individu yang tergamak
menggelarkan Datuk Seri Vida serta beberapa Jutawan Kosmetik didalam
negara ini sebagai 'orang kaya bodoh. Apakah wajar individu yang
dianugerahkan kepandaian menjana rezeki dari perniagaan seperti itu
dianggap bodoh?
Ditambah pula, dengan segala sumbangan serta derma dari individu
berkenaan yang tak ramai yang tahu, maka tidak keterlaluanlah jika
dikatakan bahawa mereka ini lebih bijak dan mulia dari kebanyakan
netizen yang menggelar mereka dengan gelaran yang tak sepatutnya.
Dan ramai yang mungkin tidak tahu.., bahawa Jutawan Kosmetik yang paling
popular di dalam negara ketika ini, pernah bertemu serta memohon berkat
dari Bekas Mursyidul AM PAS iaitu Allahyarham Dato Nik Aziz Nik Mat
ketika mahu melancarkan produknya dahulu.
Berkat doa dari seorang yang dikatakan tinggi ilmu agamanya.., serta
berkat usaha dari Datuk Seri Vida sendiri, maka akhirnya beliau berjaya
menempa nama sebagai seorang jutawan dikalangan bangsa melayu.
Alhamdulillah.
Semoga Datuk Seri Hajjah Dr Hasmiza Othman terus maju jaya didalam bidang perniagaan yang diceburinya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment