
Monday, January 11, 2016
Pemuda UMNO Tak Akan Cium Kaki Pas Untuk Raih Kerjasama

Bermacam-macam
kerenah yang ditonjolkan parti Islam Pas sejak kebelakangan ini. Asyik
berdolak dalih mengenai tawaran bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN)
dan UMNO. Apa yang menghairankan, sekejap kata mahu dan sekejap kata
tidak pernah sesekali. Hurmmmmm… Macam Pakatan Harapan jugak dorang ni
takde pendirian.
Bertegas mengenai perkara tersebut, Pemuda
UMNO telah memutuskan bahawa mereka tidak akan pernah sesekali melutut
mahu pun cium kaki Pas. Semata-mata untuk merayu agar kerjasama antara
Pas dan UMNO terjalin.
Cukup sekadar memberi peluang terakhir dan
sekiranya mereka masih lagi menolak tawaran tersebut maka mereka akan
rugi besar. Iyela perlu ke sampai nak merayu-rayu dekat Pas hanya kerana
mahu bekerjasama. Sedangkan parti UMNO sudah cukup kuat dan kukuh untuk
bergerak sendiri. Dorang yang tak nak bekerjasama so dorang lah yang
rugi.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy
Jamaluddin berkata, sekiranya mereka tidak mahu bekerjasama. Sudahlah…
Tidak perlu sampai merayu. Pas kini dilihat sedang terumbang ambing
tetapi masih ego dan gemar main tarik tali. Mungkin jual mahal kot! Nak
tunjuk yang dorang boleh bergerak sendiri tapi tak sedar yang mereka
sedang diambang kemusnahan.
Tambah Khairy, tidak perlu sehingga memaksa
satu pertemuan tidak rasmi antara UMNO dan Majlis Syura Ulama PAS
diadakan. Buat apa nak pujuk Pas dan melutut di kakinya semata-mata
untuk merintis semula kerjasama yang pernah terjalin dahulu?
Walaupun Pemuda UMNO tidak pernah menolak
sekiranya Pas ingin bekerjasama dengan UMNO, namun pada azalinya Pemuda
UMNO agak tidak bersetuju dan langsung tidak merancang sebarang
kerjasama dengan parti Islam itu. Akan tetapi mereka bersedia untuk
bekerjasama dalam aspek agama dan bangsa.
“Kita sedia untuk duduk berbincang kalau ada isu melibatkan kepentingan bangsa, agama dan negara.
“Tetapi di peringkat Pemuda UMNO tidak ada apa-apa kerjasama formal dengan PAS,” kata Khairy.
Bagi pandangan kita, kalau peluang pertama
dan kedua telah disia-siakan jadi mengapa perlu kita merayu-rayu?? Orang
dah tak mahu lantak dia laaa dia jugak yang rugi. Pengaruh UMNO sudah
cukup luas untuk menumbangkan kesemua musuh-musuh politik mereka, jadi
mengapa perlu risau? Pas taknak kerjasama jadi pergi berambus jela....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment