Monday, January 11, 2016

Satu Sen Pun Najib Tak Guna Duit Rakyat Untuk Selesaikan Isu 1MDB

https://lh3.googleusercontent.com/XCD-0D7fF3kipInV8ou9JzL2NnNL0_p4WVWkno035wg51ArknlwT-aaf-PTo0qK6Hi-3M-RFypZFuZHEpvo3
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau tidak menggunakan atau langsung tidak menyentuh satu sen pun duit rakyat, semata-mata untuk menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tindakan tersebut jelas menunjukan bahawa perdana menteri berpegang teguh pada janjinya, untuk menyelesaikan isu berkenaan syarikat 1MDB dalam tempoh masa enam bulan, seperti yang diberitahunya sebelum ini. Isu berbangkit itu berjaya diselesaikan tanpa menggunakan dana rakyat, tindakan tersebut membuktikan selama ini Najib tidak borak kosong.

“Saya berjanji kepada rakyat bahawa isu 1MDB akan diselesaikan dalam tempoh masa enam bulan, dan ianya sudah semakin nampak penyelesaiannya.

“Apa yang kita banggakan penyelesaiannya bukan di dalam bentuk MoU (Memorandum Persefahaman), tetapi di dalam bentuk `agreement’ (persetujuan) yang ditandatangani dan yang  lebih mustahak, ianya tidak menggunakan dana rakyat sama sekali. Ini perlu saya jelaskan,” katanya.

Jika sebelum ini, berita melaporkan bahawa syarikat 1MDB itu mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion dan menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Namun kini Najib telah menunjukkan sikap yang cukup membanggakan, dengan berjaya menyelesaikan hampir seratus peratus hutang syarikat terbabit.

Menjelang tahun baru 2016, Najib telah mengumumkan bahawa saki baki hutang 1MDB kini hampir selesai. Hutang  sebanyak RM40.4 bilion telah berjaya dilunaskan melalui termeterainya beberapa perjanjian diantara syarikat tersebut.

Antaranya pada 23 November tahun lalu anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy Bhd telah berjaya menjual kesemua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) dengan jumlah RM9.83 bilion.

Bagi menyelesaikan lagi sejumlah hutang 1MDB, Edra dan anak syarikatnya telah membuat keputusan untuk mengikat perjanjian jual beli saham bersama CGN Group. Dengan jualan seratus peratus pemilikan, dalam kesemua hak aset tenaganya itu.

1MDB, Edra dan anak syarikatnya menyerahkan Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra) sepenuhnya menjadi hak milik kepada CGN Group.

Bagi proses penyerahan dan transaksi jual beli saham berkenan, ia dijangkakan bakal berakhir pada bulan Februari tahun ini.

Pada 31 Disember lalu, 1MDB sekali lagi temui jalan keluar untuk selesaikan hutangnya. Satu perjanjian jual beli saham telah ditanda tangani bersama konsortium IWH-CREC Sdn. Bhd. Pihak 1MDB telah menjual sebahagian 60 peratus pegangan sahamnya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd, yang berjumlah RM7.41 bilion.

Konsortium itu adalah usaha sama 60:40 antara Iskandar Waterfront Holdings IWH dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn. Bhd.

Selepas Najib berjaya membuktikan kehebatannya, dan menunjukkan bahawa beliau tidak cakap kosong. Maka pertikaian dan khabar angin mengenai kegagalan Najib menguruskan syarikat 1MDB lenyap begitu sahaja. Sudah tiada lagi suara sumbang yang berani mempertikaikan isu tersebut.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment