
Kenyataan tersebut merujuk kepada penahanan Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khairul Nizam Abd. Ghani di rumahnya di Kota Bahru, Kelantan beberapa hari lepas. AMK menyelar penahanan tersebut kerana menganggap tindakan yang dibuat Khairul tersebut tidak salah, malah mulia bagi mereka.

Khairul pada ambang tahun baru 2016 yang lalu telah memuatnaik satu status di laman Facebooknya. Dia mengajak rakyat Malaysia supaya ingkar dengan ajaran yang di bawa ulama bagi semua agama, seiring dengan zaman kapitalis ini.
Malah Khairul turut mengajak seluruh rakyat negara ini untuk mewujudkan satu zaman sosialis yang soleh. Kononnya, perjuangan bagi mewujudkan sistem sosialis itu adalah merupakan satu ibadah besar bagi rakyat Malaysia.
“Contohnya Nabi Muhammad S.A.W jika ditakdirkan membawa risalah akidah di negara (dunia) kapitalis sekarang ini, maka pasti Muhammad dibenarkan membentuk NGOnya, bergerak menyebarkan risalah, forum, debat dan sebagainya. Sekadar akidah ketuhanan sahaja,” kata Khairul Nizam.
Akibat dari kenyataan menghasut tersebut, Khairul ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut. Tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, Setiausaha Pengelola AMK, Ahmad Syukri Che Ab. Razab berkata, tindakan pihak berkuasa itu sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Malah mereka turut menuduh undang-undang di Malaysia ini semakin zalim, kerana tidak membenarkan hasutan dilakukan melalui laman sosial. Pihak berkuasa juga turut dikutuk dan kata AMK lagi, pemikiran pihak berkuasa Malaysia masih lagi ketinggalan zaman dan langsung tidak berkembang.
Mereka kini sama taraf seperti kanak-kanak hingusan, pemikiran mereka masih lagi diawang-awangan dan jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan pemikiran negara maju.
“Amat menyedihkan setelah lebih 58 tahun merdeka dan empat tahun menuju 2020, pihak berkuasa dilihat masih jauh ketinggalan daripada set pemikiran negara maju.
“Ditangkap di rumah, dipisahkan daripada keluarga, malah polis memohon perintah reman sehingga tiga hari hanya untuk menyiasat status-status yang ditulis di media sosial.
Ahmad Sukri mendesak supaya undang-undang tersebut dihapuskan. Beri kebebasan kepada rakyat untuk bersuara, menghasut, mengutuk dan sebagainya di laman sosial. Mungkin mereka tak nak pihak berkuasa halang hak mereka untuk melakukan jenayah kot.
No comments:
Post a Comment