
Monday, January 11, 2016
Pakatan Harapan Akan "Terajang" PAS Jauh-Jauh

Pakatan Harapan membuat keputusan untuk tidak lagi mahu melayan karenah
Pas. Malah mereka berazam untuk melempar parti tersebut jauh dari
pandangan parti gabungan itu. Kononnya mereka mempunyai ‘misi’ dan
‘visi’ baru… Azam tahun baharu Pakatan Harapan adalah mahu menumpukan
sepenuh perhatian, jiwa dan raga mereka kepada masalah rakyat.
Nak tolong fokus kepada masalah rakyat … Nak tolong ‘kebajikan’ rakyat
yang katanya tertekan dengan kerajaan. Maknanya dorang ni nak tolong
rakyat menghentam pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak
melalui facebook kot kan. Haha!
Keputusan mahu buang Pas dari kotak pemikiran mereka telah mendapat kata
sepakat Majlis Setiausaha Pakatan Harapan. Daripada mereka melayan
pertelingkahan antara Pas, jadi lebih baik mereka beralih kepada hobi
baru, iaitu menghentam kerajaan.
"Perkara paling penting dalam negara ini ialah untuk menghentikan
kemudaratan kepada rakyat, akibat daripada pentadbiran Najib bagi
meringankan beban rakyat," kata Majlis Setiausaha Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan katanya kini sudah sedar bahawa ada yang lagi penting
dari pertelingkahan antara Pas. Beberapa peristiwa besar telah berlaku
dan ianya telah memberi impak yang besar kepada rakyat. Sehubungan itu,
mereka nekad untuk tidak lagi mengambil bahagian dalam polemik politik
yang ‘tiada berpenghujung’ itu.
"Akan ada proses semakan semula belanjawan kerajaan Persekutuan 2016
yang terpaksa dibentangkan semula oleh Najib Razak, kerana unjuran
pendapatan kerajaan persekutuan kini tidak lagi dapat menampung
perbelanjaan.
"Satu lagi peristiwa penting ialah sidang khas Parlimen pada 26 dan 27
Januari untuk membahaskan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA),
yang membawa kesan besar kepada rakyat," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Pakatan Harapan sempat menghasut dengan mendakwa polemik
politik itu hanya akan memberi keuntungan kepada satu pihak sahaja untuk
terus berkuasa. Hasutan itu dibuat bagi menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam pentadbiran perdana menteri.
"Oleh yang demikian, mengambil semangat kesatuan politik di antara PKR,
DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dimeterai dalam perjanjian
Pakatan Harapan semalam, Majlis Setiausaha mengambil pendirian supaya
semua pimpinan Pakatan Harapan tidak lagi terjebak dalam polemik politik
yang tidak berkesudahan ini," kata kenyataan itu lagi.
Atas alasan itu, Pakatan Harapan mahu beralih arah dan tidak mahu lagi
melayan karenah Pas. Tapi berlainan bagi Pas, yang langsung tidak kisah
jika Pakatan Harapan sudah tidak mahu terjebak dengan apa sahaja yang
berkaitan dengan mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment