
Monday, January 11, 2016
Pakatan Harapan Layak Dipanggil 'Pakatan Lalang'

Pakatan Harapan rasanya lebih layak dipanggil ‘Pakatan Lalang’ kerana
sikap dan tingkah laku parti-parti gabungan itu tidak ubah seperti
lalang. Langsung tiada pendirian yang tetap… Tambah-tambah soal isu
hudud yang dibangkitkan parti Pas dahulu.
Langsung tiada kata putus, malah pakatan lalang itu lebih gemar untuk
lari dari masalah. Pastinya kita sudah sedia maklum, isu perlaksanaan
hudud bukan lagi asing di negara ini. Namun Pakatan Harapan mengambil
keputusan untuk terus berdiam diri, walau hakikatnya jelas, mereka tidak
bersetuju dengan cadangan mahu melaksanakan hudud.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih
dikenali dengan panggilan Ku Nan berkata, nak tahu Pakatan Harapan
lalang atau tidak lihat sahaja cara mereka menguruskan isu berbangkit.
Sekejap kiri sekejap kanan.
“Pembangkang ini seperti biasalah swing (tidak tetap pendirian)… kejap begini, kejap begitu.
“Kita satu-satunya parti yang berpegang kepada teras perjuangan dan ada cara sentiasa,” katanya.
Korang kalau nak kenal perangai pembangkang ni senang je, jika sesuatu
isu itu bakal memberi kepentingan dan keuntungan kepada mereka. Maka
mereka akan berlawan habis-habisan. Sehingga ada yang sanggup ‘bergadai
nyawa’ jika sesuatu perkara itu bakal memberi habuan. Namun jika isu
terbabit langsung tidak memberi manfaat. Mereka hanya hangat-hangat tahi
ayam sahaja.
“Bila ada kepentingan mereka akan sokong, kalau tiada kepentingan mereka
tak akan sokong dan mereka akan lakukan macam-macam,” katanya.
Acap kali Pakatan Harapan disoal mengenai isu hudud… Presiden PKR, Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak mampu untuk menjelaskan dengan
lebih detail. Selalu hendak melarikan diri dengan mendakwa konon masih
dalam perbincangan. Sebarang keputusan bakal diumumkan kelak, katanya
nak tunggu kesepakatan.
Baik tak payah jadi pemimpin untama gabungan pembangkang kalau ketua pun
tak boleh nak buat keputusan mutlak. Berkenaan undang-undang syariah
Islam pun nak kena tunggu geng DAPigs setuju. Sedangkan geng DAPig tak
pernah pulak tunggu kata sepakat pembangkang kalau dorang nak putuskan
sesuatu keputusan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment