Sebelum ini pelajar-pelajar IPTA mengadu katanya tak cukup makan…
Sehingga ada yang tak cukup khasiat, lantas menggangu tumpuan mereka
untuk belajar. Lebih dahsyat ada yang hampir ‘mati kebuluran’ gara-gara
kos sara hidup yang semakin tinggi. Iyela kos makin tinggi, makanan yang
dijual pula makin mahal, sebab tu dorang tak cukup makan. Kesian kan.
Oleh itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berjanji
akan membela nasib-nasib pelajar universiti awam yang tak cukup makan
tu. Dia berjanji akan berusaha untuk membantu individu-individu yang
mempunyai masalah kewangan agar tiada pelajar yang akan 'mati
kelaparan'...
Sementara itu Idris mendakwa, dirinya telah pun mengarahkan pihak
pentadbiran universiti termasuk Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) dan
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), untuk mengenalpasti dan
menyenaraikan nama-nama pelajar yang dibelenggu masalah kewangan yang
teruk.
Tambahnya, jika terdapat individu yang merasa diri mereka tidak cukup
khasiat akibat kekurangan makanan. Maka mereka bolehlah segera ‘menyerah
diri’ kepada pihaknya atau pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
"Saya sendiri akan bagi komitmen penuh untuk memastikan tiada palajar yang akan berlapar lagi.
"KPT juga sudah keluarkan arahan jika ada pelajar-pelajar yang lapar dan
tidak mempunyai wang untuk membeli makanan, sila buat aduan kepada KPT
dan pihak universiti, insya-Allah nasib setiap seorang akan terbela,"
katanya.
Menteri tersebut bertindak pantas bagi membendung wabak pelajar terpaksa
berlapar di pusat pengajian tinggi akibat tidak mempunyai wang yang
cukup untuk makan. Seperti yang menjadi viral di laman Facebook,
terdapat sesetengah pelajar yang hampir ‘mati’ akibat kelaparan. Katanya
sebab kos sara hidup tinggi.
Owwwww… Kalian makan chicken chop tiap-tiap malam ke?? Atau kalian
alergik makan makanan yang murah-murah dan makanan bajet macam nasi
bujang tu… Jangan cakap, kalian tak tau apa itu nasi bujang yerrr...
Sebab tu kalian hampir ‘mati kelaparan’. Betul tak?? Kalian Cuma boleh
makan makanan yang di jual dekat café dan restoran mewah je kot, iyela
life goals student kan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment