Sunday, January 10, 2016
Dr Mahathir Sihat, Kata Jurucakap
PETALING JAYA : Jurucakap Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bekas perdana
menteri yang pulang awal dari satu majlis pada Sabtu disebabkan oleh
masalah kesihatan.
Dr Mahathir yang tiba Sidang Kemuncak Perjanjian Perkongsian Trans
Pasifik (TPP) 2016 pada pagi Sabtu pulang selepas beberapa jam tanpa
memberikan ucapan yang dijadualkan di awal sidang itu.
Bagaimanapun, jurucakap bekas perdana menteri itu berkata, tiada apa yang perlu dibimbangkan.
"Tiada masalah dengan beliau. Beliau sihat.
"Beliau hanya menghadiri sidang berkenaan sebagai tetamu dan pulang lebih awal," katanya.
Dr Mahathir dijadualkan berucap pada Sidang Kemuncak Perjanjian
Perkongsian Trans Pasifik (TPP) 2016 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC),
Shah Alam, pagi Sabtu.
Keadaan Dr Mahathir menjadi perhatian selepas sebuah portal berita
melaporkan bekas perdana menteri itu pulang awal kerana masalah
kesihatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment