Sunday, January 10, 2016
Sungai Buloh Jugak DiCarinya...... 'Kami Takkan Cari Yang Di Gua Musang, Pagoh'
SHAH ALAM : Parti Amanah Negara (Amanah) tetap memilih bekas Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama Pakatan
Harapan.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, gabungan itu memberi jaminan tidak akan memilih tokoh pemimpin dari parti lain.
"Soal siapa yang kita nak letak sebagai pimpinan utama? Amanah setuju yang berada dalam penjara di Sungai Buloh.
"Jangan risau, dekat-dekat pilihan raya kami tak akan cari yang di Gua
Musang atau di Pagoh," katanya ketika berucap di Persidangan Pimpinan
Pakatan Harapan, di sini, hari ini.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dipercayai merujuk kepada
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen
Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tengku Razaleigh sebelum ini pernah disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PR menang dalam PRU13 lalu.
Manakala, Muhyiddin merupakan antara pemimpin Umno yang paling lantang
mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
sehingga menyebabkannya disingkirkan dari Kabinet, Julai tahun lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment