Sunday, January 10, 2016

Inilah Wayang PR Belaka..... Hudud Bincang Kemudian, Fokus Pembinaan PH Dulu - Rafizi

SHAH ALAM : Pakatan Harapan akan membincangkan agenda pelaksanaan hudud pada peringkat seterusnya dan keputusan mengenai akan dibuat secara konsensus, demikian tegas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Ujarnya, buat masa ini Pakatan Harapan lebih memfokuskan pembinaan kesatuan di antara ketiga-tiga parti - PKR, DAP dan PAN, menerusi satu perjanjian yang dijadikan garis panduan dalam menguruskan gabungan berkenaan.

"Kita mula dengan perjanjian pakatan harapan meliputi aspek untuk menguruskan pakatan ini, selesaikan isu dan sebagainya.

"Langkah seterusnya ialah semua pimpinan ketiga-tiga parti akan mengkaji secara khusus mengenai kandungan dasar bersama .

"Anda perlu tunggu proses itu dulu. kita ada kembali kepada majlis presiden untu buat keputusan.

"Tapi buat masa ini kita sudah ada garis panduan asas mengenai apa jua keputusan menerusi perjanjian bersama. Apa jua dasar atau polisi berhubung hudud, pembahagian kerusi pilihan raya, pilihan raya kerajaan tempatan, semua akan dibuat secara konsensus," katanya dalam sidang media selepas Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai pendirian gabungan baru itu berhubung agenda pelaksanaan hudud.

Naib Presiden PKR itu juga meminta mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan kerana ujarnya tumpuan pada masa ini adalah mengukuhkan Pakatan Harapan terlebih dahulu.

"Kita sangat berhati-hati dalam membentuk asas Pakatan Harapan supaya menjadi pakatan yang kukuh dan kuat," ujarnya lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahudin Ayub turut senada dengan pendirian Rafizi.

Namun ujarnya, pendirian PAN berhubung hudud jelas bahawa parti itu akan memperjunagkan syariat Islam, dan akan membincangkan perkara berkenaan di peringkat mesyuarat majlis Pakatan Harapan.

"Pada peringkat ini, ini persetujuan Pakatan Harapan untuk kita buat satu garis panduan umum terhadap perjalanan parti.

"Kita akan bincang di peringkat polisi nanti, PAN jelas kita akan memperjuangkan syariat Islam, yang kita akan ambil pendekatan maqasid syariah yang akan kita perjelaskan nanti di peringkat bila ada perbincangan atau mesyuarat di peringkat majlis pakatan harapan," ujarnya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment