Sunday, January 10, 2016
Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju @ Bersetuju Untuk Di"Keldai"Kan??
Pakatan Harapan hari ini mengadakan upacara tepong tawar dan mandi bunga
dengan berlangsungnya Sidang Kemuncak Pakatan Harapan di Shah Alam hari
ini.
Pada Sidang Kemuncak Pakatan Harapan ini pemimpin utama mereka dari
DAP,PKR dan AMANAH menandatangani bersama perjanjian mereka namun
klausa"bersetuju untuk tidak bersetuju "akhirnya terpaksa dicampakkan ke
longkang.
Mungkin kerana sejarah perpecahan Pakatan Rakyat yang mengandungi
"bersetuju untuk tidak bersetuju" menyaksikan PAS kini
dipinggirkan.Barangkali tidak mahu terus kaldaikan oleh dan menjadi
mangsa buli DAP namun pengganti PAS iaitu AMANAH bersedia menjadi
tunggangan baru DAP.
Cuma kini "konsensus"menjadi tali pegangan antara tiga parti gabungan
dan barangsiapa yang melanggar konsensus akan dipecat dari gabungan
Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan juga tidak boleh dibubarkan secara unilateral,merujuk
kepada tindakan memandai-mandai Lim Kit Siang yang secara bersendirian
mengumumkan Pakatan Rakyat telah berkubur.
Walaupun setebal mana perjanjian yang ditandatangani oleh Pakatan
Harapan sebenarnya mudah dibaca adalah pembahagian kerusi pilihanraya ke
14 ini iaitu untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru sesama mereka.
Ianya jelas bukan ada perkara lain yang sepenting itu... janji menang
pilihanraya dan menuju ke Putrajaya,yang lain belakang cerita.PKR memang
terdiri dari pemimpin yang suka belakang...apa nak di kata..tunggulah
berapa hari Pakatan Harapan mampu bertahan,bergilir-gilir antara PKR dan
AMANAH dikaldaikan oleh kelicikan DAP.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment