Sunday, January 10, 2016
Geng PKR Kantoi Suka Layan 'Lucah'
Dari segi luaran geng-geng Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampak macam suci
je, langsung takde sikit pun tercalit kotor. Itu perumpamaan dorang la
sebab dorang rasa dorang ni hati bersih putih macam baby baru lahir.
Tapi rupa-rupanya Nauzubillahminzalik!! Kaki lucah rupanya… Entah-entah
suka layan porno pa.. Hahaha!
Pendedahan mengejutkan ini menunjukkan satu screen shot conversation
group Whatsapp Angkatan Pemuda Keadilan. Nampak macam tengah rancak
borak lucah sesama mereka. Apa yang paling best, modal yang mereka guna
untuk sembang lucah adalah ahli wanita parti mereka sendiri.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zainol Abidin Mohamed
dengan miangnya mengeluarkan kata-kata lucah terhadap salah seorang
anggota exconya sendiri, Halimah Nasoha.
Zainol dikatakan tidak berpuas hati dengan Halimah hanya kerana anggota
exconya itu mendesak presiden parti PKR, Wan Azizah Wan Ismail. Desakan
dibuat terhadap Wan Azizah untuk masuk campur selesaikan persengketaan
antara timbalan PKR, Mohamed Azmin Ali dan seorang ahli seumur hidup
parti, Chegubard.
Sebab itu je Zainol sanggup memalukan Halimah dengan kata-kata lucah.
Berdasarkan gambar Halimah yang baru habis berzumba dengan rakannya,
Zainol berkata ‘Suruh dia tutup buah dada dulu sebelum nak cabar mencabar ni’ dan ‘kelapa tua banyak santan’.
Jelas menunjukkan bahawa geng pemuda PKR ni bukan semuanya baik. Ada
jugak yang mata keranjang dan miang. Kalau ye pun tak puas hati, perlu
ke sampai nak hantar mesej lucah macam tu?? Sudah la group Whatsapp tu
kesemuanya kaum lelaki.
Tapi bila difikirkan balik, elok la dimalukan macam tu.. Dah tahu Islam
tapi pakai seksi kalah orang bukan Islam. Apabila tubuh badan dijadikan
bahan bualan baru tahu nak malu. Yang engkau pergi tunjuk sangat tu
kenapa???
Tapi kesian jugak la dekat si Halimah ni, sudah la tubuh badannya
dijadikan bahan lucah. Tidak sampai 24 jam Halimah keluarkan kenyataan
mendesak Wan Azizah masuk campur urusan MB Selangor dan Chegubard. Serta
turut mencabar Azmin mengheret Chegubard ke mahkamah, terus Halimah
kena pecat.
Eshhhhhh… Geng PKR ni lagi kejam kan. Sudah la dengan suka melucah
bagai.. Eshhhhhh, memalukan betul la! Perangai saling tak tumpah macam
geng Bersih yang langgan ‘cikaro’ lepas perhimpunan Bersih tempoh hari....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment