Sunday, January 10, 2016
Zuhdi Tak Gentar Dengan Guan Eng
Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki memperlihatkan dirinya
langsung tidak gentar dengan amaran dan gertakan yang dibuat oleh
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Malah dirinya mengalu-alukan lagi
sebarang tindakan yang bakal diambil Guan Eng.
Sebelum ini, Lim Guan Eng memberi amaran bakal mengheret Zuhdi ke
mahkamah, dan akan mengemukakan saman berhubung dakwaan DAP mempunyai
hubungan rapat dengan Israel. Dengan beraninya Zuhdi menawarkan dirinya
untuk di saman, mahu tunggu dan lihat sahaja apa tindakan bakal diambil.
"Kita tunggu dan tengok macam mana," kata Zuhdi ringkas.
Berhubung dakwaan tersebut, Guan Eng menafikan sekeras-kerasnya dakwaan
yang mengatakan parti DAP mempunyai hubungan dan pernah bertemu dengan
pemimpin zionis tersebut. Disebabkan itu, Guan Eng memberi amaran mahu
menyaman individu yang keluarkan kenyataan tersebut.
Kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa tidak pernah bertemu
dengan pemimpin Israel, tidak kira di Singapura atau mana-mana tempat.
Bahkan bagi menutup kesalahan DAP, Guan Eng turut mempersoalkan kenapa
perdana menteri tidak dikenakan tindakan. Sedangkan pemimpin utama itu
juga pernah bersalaman dengan Presiden Israel, Benjamin Netanyahu.
Hairan, parti sendiri yang buat salah tapi kenapa harus kaitkan
kesalahan tersebut dengan orang lain?? Mungkin bagi menutup dosa
sendiri? Dosa mengambil rasuah dari Israel mungkin. Hanya bersalaman
tidak bermakna pemimpin utama negara itu menerima rasuah seperti mereka.
Jika benar DAP tidak pernah mempunyai hubungan dengan Israel, jadi
kenapa harus mengambil masa yang lama untuk ambil tindakan terhadap
Zuhdi?? Sekiranya benar dakwaan tersebut satu fitnah. Kenapa tidak
bertindak dengan pantas?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment