Sunday, January 10, 2016
DAP Mula Nak Ambil Hati Orang Melayu
Seperti sebelum-sebelumnya, pasti orang Melayu sudah dapat baca
permainan kotor parti DAP…. Tak kala mereka berusaha untuk meraih undi
orang Melayu. Jika sebelum pilihan raya bukan main lagi mengutuk sakan
orang melayu, tapi bila nak dekat pilihan raya mula lah nak ambil hati
orang melayu balik.
Sehingga menjadi sejarah, parti DAP sememangnya sering memperolokkan
pemimpin melayu untuk dijadikan boneka mereka bagi meraih undi. Apabila
parti DAPig itu diberi kuasa, maka akan hancurlah segala hak-hak dan
keutamaan orang melayu.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan
berbaur janji manis. Konon kuasa mutlak orang melayu dan pemimpin tidak
akan terjejas sekiranya pentadbiran Barisan Nasional (BN) telah beralih
arah. Iyeke??? Kalau ye pun nak kencing bagi la cerdik sikit, ayat tu
kencing budak tadika boleh la.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin, berkata pemimpin
melayu sudah muak dengan janji palsu DAP. Sekali pemimpin melayu pernah
termakan janji kotor DAPig, jadi tak mungkin mereka akan terkena lagi.
Jika flashback kisah dahulu, seperti kejadian yang berlaku di Perak dan
Selangor. Akibat terlalu percaya dengan kata-kata manisan DAP, habis
pemimpin melayu kena tipu. Akhir sekali semuanya dijadikan macai mereka
dan negeri itu jatuh ke tangan pembangkang.
“Pada saya ini permainan kotor DAP dan Lim Kit Siang, untuk menambat
hati pengundi Melayu agar menolak UMNO dalam pilihan raya umum akan
datang.
“(Sejarah) terbukti apabila pakatan pembangkang memerintah Perak. Kita
lihat bagaimana Menteri Besar Perak (Datuk Seri Nizar Jamaluddin) ketika
itu seorang Melayu tetapi jadi boneka DAP, demikian juga di Selangor di
mana Menteri Besar tidak boleh merancang sesuatu melainkan dengan
persetujuan DAP,” katanya.
Rakyat melayu di negara ini sudah terlalu masak ranum dengan permainan
lapuk DAP. Takde ke taktik yang up to date sikit?? Ini bukan zaman kuno
bebbbb, menipu macam budak-budak tadika Kemas. Bagi siapa-siapa yang
mudah terpengaruh dengan Kit Siang ni saheh dia tu spesis gila kuasa.
“Dahulu Kit Siang kata nak jadi pembangkang yang kuat tak perlu menang,
sekarang DAP sudah mendapat nikmat dan erti kuasa, maka mereka hendak
kuasa mutlak pula. Orang Melayu tidak akan tertipu dengan dakyah Lim Kit
Siang lagi,” katanya.
Sudah-sudah la tu Kit Siang oiii… Bawak-bawak la bertaubat!! Sukar untuk
orang melayu pakai kata-kata yang ditaburkan tu, sebab mereka dah kenal
sangat siapa Kit Siang dan DAPig yang sebenarnya. Tak payah nak
berlagak suci sangat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment