Sunday, January 10, 2016

Muhyiddin Kunci Mulut Kerana Sudah Tidak Ada 'Kuasa'

Ramai yang ternanti-nanti ketibaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke tanah air selepas beliau mengambil langkah 'berehat', ekoran gagal menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ekoran kehilangan 'power' selepas melakukan pelbagai serangan dari atas, belakang mahupun tepi, Muhyiddin mengambil langkah untuk bercuti di Dubai, bagi 'charge power' untuk bersama-sama Raja Tumbang Kerajaan, Tun Dr Mahathir Mohamad menggulingkan Najib sebaik pulang ke tanah air.

Seperti yang umum tahu, Muhyiddin sanggup bersengkokol dengan Mahathir untuk menggulingkan kerajaan Najib dari pelbagai sudut, namun usaha itu agak mengecewakan kerana dapat ditepis oleh barisan kabinet Perdana Menteri.

Pada hari ini, Muhyiddin yang baru tiba di tanah air disambut oleh penyokong-penyokongnya serta para wartawan, mereka hadir bagi mendapatkan 'komen power' daripada beliau untuk terus mengkritik pentadbiran Najib, namun semua itu merupakan satu perkara yang sia-sia kerana Muhyiddin mengambil langkah mengunci mulut sejurus tiba di tanah air.

Kesian kepada mereka yang hadir... Mereka mengharapkan sesuatu dari Pahlawan Jawa Totok itu sebaik pulang dari Dubai, tetapi Pahlawan Jawa Totok berkenaan mengambil langkah berdiam diri dan mengelak untuk berkata apa-apa mengenai politik Malaysia... Takut ke??

Orang ramai yang hadir menyambut Muhyiddin menjadi hairan mengapa Muhyiddin tidak lantang seperti sebelum ini, sebaliknya hanya mendiamkan diri.... Menjadi tanda tanya, adakah ini kerana Muhyiddin sudah hilang 'power' bila tindakannya menggulingkan kerajaan Najib, demi kepentingan politik peribadi seseorang telah diketahui??

Muhyiddin mengambil langkah mengunci mulut ini dipercayai bukan bermakna beliau telah mengaku kalah mahupun kehilangan 'power' untuk bersuara, tetapi dipercayai beliau mengambil masa yang sesuai untuk terus menggerakkan rancangannya menggulingkan kerajaan Najib.

Oleh demikian, barisan kabinet dan umat Melayu perlu berjaga-jaga dengan kelakuan 'pelik' ini, kerana kita semua tidak menolak kemungkinan ini merupakan strategi baru Muhyiddin and the geng.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment