Thursday, January 07, 2016
Ingatkan AMANAH Mahu Lawan BN Sahaja Rupanya Dengan PAS Pun Mereka Akan Lawan!
Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan membayangkan bakal bertanding di
Kelantan, sekiranya rundingan dengan kerajaan negeri itu tidak dapat
diadakan.
Pengerusinya, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah bagaimanapun menjelaskan,
keputusan muktamad hanya boleh dibuat Presidennya, Mohamad Sabu.
Beliau berkata, tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih jauh dan
Amanah akan cuba mengadakan rundingan dengan PAS, kerana objektif utama
parti pembangkang adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional.
“Buat masa ini, kita menumpukan kepada penambahan ahli dan menubuhkan
cawangan di setiap daerah mengundi. Hari ini juga, kita menubuhkan
Amanah Kawasan Bandar yang diketuai Andy Tan.
“Untuk 2016, kita merancang menubuhkan sebuah cawangan di setiap daerah
mengundi.
Sebagai contoh, Amanah akan menubuhkan 10 cawangan di Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kota Lama,” katanya pada sidang media hari ini.
Wan Abd Rahim menjelaskan, sejuta kemungkinan boleh berlaku dalam soal
bertanding dan itu mungkin adalah jalan terakhir, jika pimpinan PAS
Kelantan enggan mengadakan rundingan.
Menurutnya, sebagai contoh, jika Amanah bertanding di DUN Kota Lama,
parti itu akan meletakkan calon berbangsa Cina untuk mencabar calon MCA
dan PAS yang turut menurunkan calon berbangsa Cina, iaitu Datuk Anuar
Tan Abdullah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment